"PENYUSUAN SUSU IBU PILIHAN TERBAIK."
Polisi Penyusuan Susu Ibu di Malaysia.
"Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama 6 bulan dan meneruskan sehingga anakmua berumur 2 tahun. Makanan pelengkap dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.
"Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama 6 bulan dan meneruskan sehingga anakmua berumur 2 tahun. Makanan pelengkap dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.
"SUSU IBU PILIHAN TERBAIK"…dari ladangg…hehe ni aku tokok tambah sendiri.
Kelebihan Susu Ibu 1. Kaya antibodi – melindungi bayi dari jangkitan dan alahan.
2. Kaya sel darah putih – melindungi dari jangkitan.
3. Kaya vitamin A dan E.
4. Faktor pertumbuhan – kematangan usus dan mencegah alahan.
5. Sejenis laksatif – mengeluarkan meconium dan mencegah jaundis.
Faedah2 susu ibu utk bayi
1. Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibody)
2. Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yg sesuai.
3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit birit serta penyakit saluran pernafasan.
4. Mengurangkan risiko kepada alahan.
5. Perkembangan daya intelek yg lebih baik.
6. Kurang masalah pergigian dan orthodontik.
7. Mengurangkan penyakit kencing manis pd kanak2, pneumonia dan jangkitan telinga.
8. Menggalakkan tumbesaran.
9. Penghadaman yg lebih mudah.
Faedah2 susu ibu utk ibu
1. Membantu mengecutkan Rahim – mengurangkan pendarahan.
2. Mengeratkan kasih saying antara ibu dan anak.
3. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovary.
4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kehamilan.
5. Menjimatkan masa dan wang.
6. Mudah dan tidak perlu persediaan – nak g memana pun sonang…x yah susah2 berangkut beg susu bagai…ank ngiauuuuu..selak & sumbat jek..hehe..
Kepentingan Penyusuan Awal Dlm Masa 1 jam selepas bersalin
1. Untuk merangsang pengaliran susu yg cepat.
2. Mengelakkan bengkak payudara.
3. Pemberian awal (kolostrum) yg kaya dgn protein serta antibodi utk mengelakkan bayi dr jangkitan.
4. Mengelakkan pendarahan selepas bersalin.
5. Kolostrum menjadi imunisasi yg pertama utk bayi.
Kepentingan Penyusuan Sepenuhnya (Exclusive)
1. Tiada minuman lain diberikan selain susu ibu.
2. Tidak memberi putting tiruan kepada bayi (pacifier).
3. Berikan penyusuan susu ibu dgn kerap sekurang2nya 8-12kali sehari.
4. Antibodi dalam susu ibu mmemberi perlindungan dan mengurangkan penyakit pada bayi.
5. Mengurangkan alahan.
6. Menjaga kesihatan bayi dan ibu.
7. Mengelakkan bengkak payudara.
8. Mengeratkan kasih sayang dan menjarakkan kehamilan.
Faedah Pemberian Susu Ibu Mengikut Keperluan Bayi (Demand Feeding)
1. Memudahkan ibu menyusukan bayi.
2. Mengekalkan penghasilan susu.
3. Mengelakkan bengkak payudara.
4. Merangsang pengeluaran susu dengan cepat.
Bagaimana Memastikan Susu Ibu Mencukupi
1. Mulakan penyusuan awal dlm masa 1 jam slps kelahiran.
2. Memberi penyusuan susu ibu dgn kerap 8-12kali sehari dan bila2 perlu (demand feeding).
3. Tidak memberi bayi minuman lain selain susu ibu.
4. Tenangkan fikiran dan rehat secukupnya.
5. Mkn makanan seimbang dan minum secukupnya mengikut keperluan.
6. Teruskan penyusuan di waktu malam utk menggalakkan penghasilan susu yg banyak.
7. Menyusu dgn posisi dan pelekapan yg betul.
8. Pastikan tiada putting kosong/putting piring.
9. Makanan tambahan dimulakan pada umur 6 bulan.
Faedah Ibu dan Anak Bersama Sepanjang Masa
1. Dapat disusukan mengikut kehendak bayi.
2. Mengeratkan kasih saying ibu dan anak.
3. Mudah meneruskan penyusuan ibu sepenuhnya.
4. Merangsang pengaliran dan pengeluaran susu.
5. Mengelakkan bengkak payudara.
6. Mengurangkan infeksi.
7. Risiko rendah terhadap diabetes di kalangan bayi, kanser dan jangkitan telinga (Otitis Media).
~ Alamakk mcm penat sudaa.. panjang lagi cite ni…tp dah sampai msnye tuk membuat bisnezz tenusu. So kite sambung citer susu2 part 2 esok2 ye..daa…