Wednesday, November 2, 2011

My suwiit home

Klu ditanya mana sudut kat umah aku yg paling aku suka... banyak kot... boleh kata living hall sbb kat situlah tmpat kami anak beranak menghabiskan masa bersama bermesra, bergurau senda dan bergelak ketawa.. boleh jugak kata dkt dapur sbb tulah tempat utk aku bersilat berkuntau menunjuk bakat dan kemahiran seni memasak yg tak seberapa ada. Pun boleh jadi dkt dining hall kot sbb situlah ruang utk aku menghidangkan juadah utk suami dan anak2.. dkt situ jugaklah anak2 aku dan suami terpaksa redha makan je apapun hasil bakat terpendam mama...or mybe dkt ruang laman sbb boleh jadi tempat lepak2 tgk anak2 bermain.. buang peluh pun ye jugak sbb trim pokok kat tanah sekangkang kera nun.

Maksudnya.... sume sudut dkt rumah aku tu aku suka sbb biarlah kecik atau besar rumah kami tu, itulah "taman syurga kami"... Tapi dalam banyak2 sudut yg aku suka tu, d'most besstt view yg paling aku suka ialah ... muka ais box aku kat dapur & dinding dining hall aku... nak tau sebab apa? sbb dinding2 itu dipenuhi aksi2 dan keceriaan wajah2 anak2 ku yg tercinta....

Nak bukak peti ais pun nampak muka anak2... even dkt peti ais aku penuh dgn fridge magnet dr mcm2 tmpat n alphabet FM, tp customized photo magnet nilah yg paling aku suka. PM ni aku beli voucher PhotoDelivery.com dkt MilkDeal. So, for 6pcs dptlah rege RM28..oklah tu murah dari harga biasa. Sekarang ni pun PhotoDelivery tgh offer voucher  for 6 pcs Customised Photo Magnet with 2012 Calendar + FREE 2 Photo Magnets + FREE Nationwide Delivery dkt MilkDeal. Lagi satu voucher dr BrilliantPrint pun dekat MilkDeal ... jom grab jom since deal is on.   
Ni pulak dkt dinding ruang makan. Kirenye nak mkn pun boleh hadap tgk aksi anak2... Time nk masuk dlm frame gambar budak2 ni jenuh bape kali filter sbb mcm byk st kott photoshot2 yg menarik... klu boleh sume nak tempek kat dinding tu..nak2 lagi gambar si abg Waiz yg mmg tak kalah bab action dpn kamera ni. So, nilah hasil dari persetujuan mama dgn abh dorg membuat pilihan... yg byk2 lagi tu kena taruk dlm albumlah jwbnye. Tu pun rasa cam kurang sesuatu...patut ada terselit gambar mama ngan abh duet tanpa anak2 kot.
~winkk... 
 
Kan ke suuwiiittt gituu...

Rase 'ceriaaaa utk kite aje..' je rumahku bila dihiasi dengan pemandangan2 yg mcm ni. Nak2 pulak cuci gambar pun dah senang skrg ni.. online je kan ... bersepah2 kat intenet yg provide service cuci gambar online..tinggal rajin tak rajin nak klik n uplod je lagi. Dua gambar besar tu pun adiah voucher dr eOeonline

masa menang kontez waiz dolu2..

Monday, October 17, 2011

Botol Susu Comel Mimijumi

Pernah tak korang mengalami kesukaran mem'botol' susukan bb? Senang cite maksudnya ~ bg bb minum susu dgn botol.. if ade, mmg pening kepala skit melayan kerenah bb. Tulah antara cabaran bagi ibu2 yg menyusu badan. Bila dah direct feeeding ngan kite mulalah payah nak berenggang, dah syokk bergantung je kejenye. Bila nak pisahkan menjadi ler masalah besar. Dan paling besar bila si ibu dah masuk keje after berbulan pantang. Stress dan merisaukan.. Mulalah keje pun tak senang hati.

Kata orang melentur bulu biar dari rebungnya..
So, dats mean dari masa pantang lagi, kenal2kanlah dia dengan puting tiruan a.k.a puting botol. Klu decide nak ebf, kenalah berusaha seawal pantang, memerah,mengepam dan membuat stok susu.. then bg susu ibu tru botol. Mmg kena ajar awal2, klu tak mmg masaklah maknye ngadap bb yg tanak bottle-fed. Kadang2 bb mybe reject botol tu, so dat better bapak2 or org lain yg susukan.. bukan sbb apa, kata org, klu kita mak2 yg nyusukan, bb tu cam ada bau susu badan mak dia sbb tulah dia reject bottle-fed. Tuk ajar bottle-fed, sesekali kenalah bertindak macam tu.. bb nangis pun kena nekad sikit asalkan senang di kemudian hari.

Bercakap mcm pakar, sudahnya kena batang hidung sndiri jugak bila tiba2 my bb baru2 ni pun tanak bottle-fed. Alhamdulillah, bb-sitter pandai handle, bb pun dah ok. Hopefully oklah selamanya. Nak ajar bb yg ebf ni menyusu botol mmg mencabar skit. Beli botol pun dah mcm try n error... Dah mcm2 brand pakai .. avent, MAM, breastflow... terbaru aku jumpe yg ni, botol susu Mimijumi so chomellah...looks pretty most like the natural dot..dot..dot..kan? Hehehe..
Sedikit info psl botol Mimijumi ni...

~ Mimijumi botol boleh mengatasi masalah transition dari menyusu ibu ke susu botol
  •  Bentuk puting menyerupai payudara ibu
  • Teksture puting ini lembut seakan-akan puting ibu
  •  Mengatasi masalah kekeliruan puting ibu dan puting botol
  •  Sesuai juga untuk bayi yang mula bercerai susu dengan ibu
  •  Material botol dibuat dari plastik EMS Grilamid di mana lebih baik dari plastic jenis PC, PP & PES
  • Botol ini tebal, permukaannya jernih seperti botol kaca dan ringan untuk dipegang oleh bayi.
  • Puting dibuat dari silicone yang selamat untuk bayi dan tidak mengandungi latex. 
  • "Wide neck style" -  memudahkan proses pembesihan di bahagian dalam botol
  • Setiap set mengandungi botol(240ml), puting dan penutup.
  • Free from BPA, Lead, Phthalates dan Latex
Byk2 brand kat luar nun, aku rasa yg ni most looks similar to a breast. Mmg d'best recommendation for ibu2 yg bermasalah menyusukan bb mcm aku. Rasanya klu camni bb x boleh bezakan yg mana satu artificial nipple, so mama pun x frustrated lagi bila baby rejected bottle.

Rege kat Malaysia paling murah pernah aku jumpa dekat azasbabymate or dkt sini pun sama RM87, tuk sparepart mimijumi nipple pulak 1 pack ~RM43, 2 pack ~RM80. .. Klu nak tgk dkt retail shop, refer dkt blog azasbabymate tu. Aku review je..x beli pun lagi. Now tgh berkira2 nak beli ke tak. Macam mahallah jugak. Buat masa ni bb-sitter pun ckp bb Fayyadh mau je bottle-fed. So, bertahan jelah. Reserve dulu kot for d' next time.
Apapun "Susu ibu is the no. 1". Klu boleh masa kite dgn bb, kerap2kanlah direct feeding. Byk yg tersirat di sebalik direct feeding tu.. dr segi perasaan x yah cakaplah...masa tulah rs  bertambah sayang,kasih,chenta,ikatan antara ibu dan anak....segala2nya cukup..kepuasan yg sukar digambarkan.. Tak caye? cube dulu baru tau.

Thursday, October 13, 2011

Sayang anak katenye...


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan :
“Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu.
~Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :-
1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
 

Huhuhuu..so touching,ternyata kehadiran anak itu 1 rahmat dan anugerah. Anugerah terindah juga buat aku kerna terpilih menjadi insan bergelar "IBU".. Tapi kan, ibu mana yg tak pernah menangis kerana anak? Baik tangisan kegembiraan maupun kesedihan. Tipulah klu ada kat luar sana yg dgn bangganya ckp, "Aku pun ibu tapi x pernah menangis pun sbb anak." Kental sangat kot. Klu spesis cam aku ni taklah sekental tu sebabnyee..otomatik beranak2 je mesti nangess tgk anak. Tu dah satu hal. Rasanya tu normal feeling kot mana2 mak yg beranak.

Bg aku jadi sorang mak bukanlah benda mudah. Nak2 aku yg tak setabah dan sesabar mana. Air mata laju je nak turun tak kesahlah apa kes pun.Hishh kekadang lawak pun ada.. Boleh tak aku menangis sbb nak ceraikan susu badan. Tu pun bukannya betul2 STOP breastfeeding juz decide nak campur susu formula sbb my bb dah start tanak bottle-fed time stay ngan bb-sitter. So, alternatif tanak bb meragam en nak mudahkan keje bb-sitter membela bb, terpaksalah aku decide camtu. Siriyes time tu dah touching2..coz perkara yg paling aku takut my bb dah syok ngan susu formula terus reject breastfeed. Cemana klu dia  tanak bf dah? Rasanya belum puas aku susukan dia dan belum cukup kuantiti yg dia dapat. Mybe sbb hati pun separuh rela, at last, bb aku pun reject susu formula tu. 

Tapi...tup2 susahnya balik kat aku,my hubby en bb-sitter too sbb bila dia dah tak mo bottle-fed, apalagi susu formula..sudahnye meragam jelah kejenye. Padan muka aku. Aduyaii  tido pun tak lena. Aku jugak yg susah hati bila tggal kat bb-sitter. Terbaru aku diuji bila bb-sitter tarik diri utk jaga bb Fayyadh.Tak dinafikan bb aku yg sorang ni mmg manja + kuat meragam + nangess jerit2 + susah tido + berdukung manjang..kire pakejlah. Once bb-sitter tu cakap, “akak serender”… teruss aku cam terkendu, hilang punca.. tp still contol maintain. Last2 masuk umah laju je air mata si ibu ni ngalir.. aduish EMO btul..kan dah kata dah aku ni x setabah mana. Tapi jgn kata aku..bila dah kelam kabut camni, laki aku pun x ley pk dah.. Panjang je termenung + mengeluhnya… Aduhaiiii… susah jadi mak ni..nak2 mak yg bekeje.. dok pulak dkt bandar camni mmg susah ya amat nak cari bb-sitter. Kot nak tauk kat nursery tanpa pk panjang mmglah boleh… tp selepas pk panjang… x sanggup kot.. kesian si kecik tu..

At last……Keputusan yg dicapai sepakat ialah menghantar si kecikku ke bb-sitter abg nya dulu… Adoiii jenuhlah jugak berkira2… bukan dekat..siap dari rumah..lalu opis dulu..lajak ke rumah bs yg jaraknya lbh jauh umah aku ke opis..mean 2 kali ganda perjalanan. So,bermulalah episode baru dalam keluagra aku. Demi mendapatkan jagaan yg terbaik sepanjang ktorg kat opis, rasanya tulah kot pilihan yg paling sesuai.Lagipun dah ada experience dgn dia. As parent, mungkin kepercayaan dan keyakinan lebih kepada Nek Pah, bb-sitter baru ni dan we all percaya dia boleh handle my bb…So, jauh pun jauhlah..minyak pun dah mcm air ujan lah jadinya..well, sayang anak katenye. Hopefully, serasilah hendaknya sbb ni pun dah masuk bs yg ke-3 even yg 1st dulu bukanlah reject sbb x ley handle.

Tak cukup dgn tuko bs, my SIL suggest pegi ambik air penenang tuk bb.. So, ktorg pun terjah Darussyifa.. ikhtiar for bb tak kuat meragam en serasi dgn bs batu nanti. Masa kat situ ada gaklah si kecik ni melalak-lalak.. then, ustaz tu baca2, hembus2 n dukung Fayyadh..elok pulak orgnye diam… Ade gak tanya ustaz tu… “ade samting2 ke?” Boleh pulak dia senyum2 je..then cakap camni “Dah,blk trus bg dia susu.” Haishh… main senyum2 pulak dia..tak pahamlah ustaz oii.. mule2lah aku dah pikir mcm2..mistik ke? Misteri nih..saje je kan nak buat ktorg berteka teki.

Hmmhh…Hari ni dah masuk hari ke-2 bb Fayyadh dgn nenek barunya…semalam dpt feedback ok je dia..tenang aje..minum susu pun mau je. Agaknya cemana pulak hari ni.. Haishhh… risau pulak hati ni. Hendak2 eloklah orgnya.. Kan dah kate bila jadi mak dgn abh ni.. benda utama yg dipikir mesti ANAK…bukan mudah menjadi anak dan bukan senang nak besarkan ank.. mcm2 benda nak kena tempuh.. permudahkanlah jalan kami dlm membesarkan anak2..agar mereka menjadi INSAN.

Wednesday, October 5, 2011

Percutian terkejut, kejutan dan dikejutkan @ Grand Lexis.PD

Last post pasal besday anak, now mau cerite psl besday sndiri pulak.
Well, feeling keterujaan menyambut hari lahir tak abis2 lagi ni..
camno??

Besday taun ni adalah besday terakhir in 2 series...
Taun dpn klu panjang umo dah berganti 3 series..
Owh tetibe rase sudah semakin tuwenya saya..

Smg aku bertambah matang, bertambah kesabaran, bertambah kasih sayang,
bertambah berat badan..haahaa..
Semoga aku kan mampu menjadi
~ hamba Allah yg bertambah keimanan,
~ anak yg membahagiakan ibubapaku,
~ isteri yg cerdik dan solehah buat suamiku,
~ ibu mithali buat anak2ku,
~ pekerja yg cemerlang,
~dan..yg semua yg baik2 saja...

Besday taun ni sangat besst sbb dapat kezutan yg maha dasyat..
Tak ku sangka2 u... mabeleslah penganjur surprize a.k.a suamiku..

Yg lucunya.. surprisenye hampir2 tak jadi sbb cik abg aku igt misinye dah kantoy masa aku cari stroller bb dalam bonet kete.. Aku pulak boleh tak terpikir napelah ada lugage kat dlm bonet kete.. boleh pulak membebel2 konon ada org tu mls nk kemas beg bwk naik atas, disumbatnye masuk dalam bonet.. heeheee..x togik langsung kan. Napelah lambat pick up betullah saya. Sudahnya barulah paham bila terkantoy masa org tu sembunyi2 bwk balik n letak kek dalam bonet kete.. yess punyelah suke sbb misi suamiku dah kantoy.. Dia pulak punyelah frust sbb plan berbulan2 suda kantoy... tp ms tu aku still x paham pun sbb baru separe kantoy gitu. Rupe2nya ada org diam2 mau bwk ktorg bercuti makan angin... dah siap packing sumer pun diam2..haishh camne aku ley tak terperasan. Bermula dgn perjalanan ke knduri dkt Seremban, then trus dilajaknye ke PD.. jenuh aku teka hotel apelah gamaknye ktorg akan check in?? Konon2 alah stakat PD..sumer hotel dah dlm kepala xde chancelah nak tipu aku..

Sekali..haaaa..tada... Grand Lexis, Port Dickson ko.. Rupenye dah 2 bulan suamiku beli dan sorok voucher masa Matta Fair ri tu. Eh..cemana aku ley tak tau dia g Matta Fair? So, dptlah less skit dari normal rate. Hehe koyak jugelah poketnye demi meraikan besday wife terchenta.. Speechless....
 
Terkedu i. Kelass ko Jah..5 star resort gtu.. i like it juta2 kali tau. Siriyes b4 ni, aku tak tahumenahu pun kewujudan hotel yg ada pool dlm bilik dkt PD ni. Meh aku review skit psl Grand Lexis ni. Ekceli, resort ni b4 dis dikenali as The Legend International Water Homes, PD.. Location, dekat2 ngan Glory.. Sampai2 je sana trus rase cam jatuh chenta, dah jadi 1st ranking dlm our faveret list hotel selepas Berjaya Hotel, Redang.

Stay kat hotel ni yg paling best sbb utamanye ada private swimming pool means pool dalam bilik.. Pas tu ade glass panel kat lantai bley nampak air laut. So, bg yg ada anak cam ktrorg ni mmg terbaeklah. xdelah susah2 nak keluar bwk anak bujang ktorg main air kat kolam luar and xde lah sakit telinge dgr dia melalak tanak balik ke bilik. Berendamlah sepuas2nya sbb sesambil lepak tgk tv pun boleh biar bebudak main air. Nak mandi sampai mlm pun boley tp dgn syarat kenalah observe jugak coz pool tu ley tahan dlmnye, 4kaki gtu. And then, dah nama pun private pool so sukatilah nak pakai apa n nak berenang bila2 masa pun. Ade sape kesah??

Cam ktorg check in ni type Premium Pool Villa, bilik mmg super duper luas and ada 2 king size beds. Citer banyak pun tak guna, so, meh aku tayang2 gambar pulak...
 
 
 
 
Dapat kek dihiasi dengan bunga ros 5 kuntum ... so suwittt...
 
 
Dah sampai sini, haruslah tuan punya badan yg diraikan senyum sampai ke telinga. Tinggal lagi tak kena tutup mata cam main aci2 bukak pintu je time ke hotel ni. Time kat lobby tu ade jugak aku tgk girl tu kena tutup mata.. aku bajet dia pun dpt surprise for save d'date. Kagum je aku ntah dari mana la agaknye kena tutup mata camtu. Kompom lemass..naseb baik laki aku tak dera camtu jugak,kan.

Perasaan?? Best tak yah cakaplah... Takkanlah dpt kejutan mcm ni boley pulak rasa cam xde feel apa2..Well, 5 star resort tu bukan sbb utama.. but d'main is feeling terkejut, rasa diraikan, dihargai, disayangi sumelah cukup rasa. And d'most best thing is my husband is soooo romantic n sooo suweettt.. cess nak jugak mention tu. Yelah, masuk ni dah kali ke-2 kot dapat kejutan besar. Memule dulu masa anniversary. Sapa yg tak rasa syook, kan? Haha..bab kejut..mengejut ni ..he is d'rite person walopun kdg2 ada jugak kekantoiannye. Bertuahkan sape bini dia? Hahaaha..bebuat perasan seketika.. Tapi aku pun penah tau buat surprise kat dia tp takdelah sehavoc ni.. Hmmh..dah nak kena pikir n create idea ni utk next year punye kejutan for my loving hubby..

And last but not least...
sedikit bebelan utk suami yg dicintai...

"Thanks a million for babah for d bigg surprized.  Love it.
  Sayang abh.. Semoga kasih sayang abh pada mama takkan berubah.. bertambah boleh.. kurang jangan.
  Mudah2an kebahagian akan teruss jadi milik kita sekeluarga.
  I 'm proud to say dats i'm so lucky to have you as my husband .... cecewahh...

Psstt : .............................. Kite repeat holiday kat sana lg buleh?? ahakss..hehehe.."

Mak aih terpanjang berjela la pulak entry ni.. ate  SUKE katenye.. nilah hasilnye bila org kesukaan bercerita. Oklah, for those yg nak tau more psl resort ni ley refer kat sini ye. Tak pun sape2 yg nak feeling2 hanimun for 1st time, 2nd time or kali keberapa skali pun.. i suggest dis is among d' best and romantic place. Credit 4/5.. Klu rase2 nak check rate or booking bilik online, klik je kat sini , tak pun sini pun boleh. Rasanya booking online lebih murah and byk offer. Pakej hanimunn pun ade tau...

Monday, September 19, 2011

Selamat Ulangtahun ke-4, sayang...

Owhhh knapa mama sangat kemalasan menghapdet...
Kesiann byk citer anak2 terperam je.
Tp klu dapat peluang menghapdet mesti menjela2kan.

Hari ni mama semangattt...
sebab hari ni 19hb Sept 2011...
Klu diimbas 4 taun yg lalu, hari ni mama di Hospital Serdang..
Masa ni muka dah berkerut kedut menahan sakitt...
Bergenang air mata..

Masa ni jugaklah terasa peritnya untuk bergelar seorg ibu..
Masa ni jugaklah abh dan atuk sedia meneman memberi sokongan..

Beberapa jam lagi masa mama bertarung nyawa buat pertama kalinya...
Teringat betapa cemas saat itu...
dan tiba2 doc menyatakan mama perlu dioperate
disebabkan adanya komplikasi...
saat itu...abh menurunkan tandatangan tanda keizinan..
mama yg kelu tanpa kata merelakan apa saja.

Disaat umat Islam sibuk menanti masa berbuka,
abh menanti dgn penuh debaran..
air mata bergenang kerisauan..
abh sampai terlupa utk berbuka..
sudahnya seteguk air sekadar syarat berbuka..

Alhamdulillah, di saat magrib itu..
Kau lahir jua..
Segala perit..segala sakit..dan air mata berganti suka.
Betapa mama dan abh bahagia dengan kehadiranmu sebagai cahaya mata pertama.

Nuzul Waiz Irtiza... anugerah terindah buat mama dan abh.
Kini usiamu dah menganjak ke-4 tahun...sungguh cepat masa berlalu.
Kini kamu sudah pun ber-adik...kasih sayang terbahagi 2..
Namun, percayalah kasih sayang dan perhatian mama dan abh tetap sama..
Tak ada yang lebih atau kurang...semuanya sama rata.. biarpun ber-2,3,4,...

Di hari ulangtahun yg ke-4 ini,
Mama doakan dikau kan jadi anak soleh yg bisa membahagiakan kedua org tuamu, panjang umur dan mudah2an hidupmu sentiasa dirahmati-Nya.
Mama dan abh mungkin x mampu berikan kemewahan harta..insyaAllah, kemewahan kasih sayang kan jadi milikmu dan adik2 hendaknya.

Saat ini air mata masih lagi bergenang kerna kasih sayang seorang ibu buat anaknya..
Ya Allah...aku mohon Kau bentuklah anak2ku menjadi insan yang terbaik.


Nukilan buat anakku...Nuzul Waiz Irtiza b. Zulhari.. luve u.

Friday, July 22, 2011

Susu Ibu Pilihan Terbaik Part 1

Baru2 ni kemas punya kemas bilik, maka terjumpelah khazanah bermakna yg aku dapat masa deliver bb Qaid dulu. Dis..pamplet from Hosp. Kajang. Good info. So, I think y not kite sharing info di sini. Sharing is caring. Plus, for guide & my reference too.
"PENYUSUAN SUSU IBU PILIHAN TERBAIK."

Polisi Penyusuan Susu Ibu di Malaysia.
"Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama 6 bulan dan meneruskan sehingga anakmua berumur 2 tahun. Makanan pelengkap dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.
"SUSU IBU PILIHAN TERBAIK"…dari ladangg…hehe ni aku tokok tambah sendiri.
Kelebihan Susu Ibu  
1. Kaya antibodi – melindungi bayi dari jangkitan dan alahan.  
2. Kaya sel darah putih – melindungi dari jangkitan.  
3. Kaya vitamin A dan E.  
4. Faktor pertumbuhan – kematangan usus dan mencegah alahan.  
5. Sejenis laksatif – mengeluarkan meconium dan mencegah jaundis.

Faedah2 susu ibu utk bayi 
1. Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibody)  
2. Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yg sesuai.  
3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit birit serta penyakit saluran pernafasan.  
4. Mengurangkan risiko kepada alahan.
5. Perkembangan daya intelek yg lebih baik.  
6. Kurang masalah pergigian dan orthodontik.  
7. Mengurangkan penyakit kencing manis pd kanak2, pneumonia dan jangkitan telinga.
8. Menggalakkan tumbesaran.  
9. Penghadaman yg lebih mudah.

Faedah2 susu ibu utk ibu 
1. Membantu mengecutkan Rahim – mengurangkan pendarahan.  
2. Mengeratkan kasih saying antara ibu dan anak.  
3. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovary.  
4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kehamilan.  
5. Menjimatkan masa dan wang.  
6. Mudah dan tidak perlu persediaan – nak g memana pun sonang…x yah susah2 berangkut beg susu bagai…ank ngiauuuuu..selak & sumbat jek..hehe..

Kepentingan Penyusuan Awal Dlm Masa 1 jam selepas bersalin 
1. Untuk merangsang pengaliran susu yg cepat.  
2. Mengelakkan bengkak payudara.  
3. Pemberian awal (kolostrum) yg kaya dgn protein serta antibodi utk mengelakkan bayi dr jangkitan.  
4. Mengelakkan pendarahan selepas bersalin.  
5. Kolostrum menjadi imunisasi yg pertama utk bayi.

Kepentingan Penyusuan Sepenuhnya (Exclusive) 
1. Tiada minuman lain diberikan selain susu ibu.  
2. Tidak memberi putting tiruan kepada bayi (pacifier).  
3. Berikan penyusuan susu ibu dgn kerap sekurang2nya 8-12kali sehari.  
4. Antibodi dalam susu ibu mmemberi perlindungan dan mengurangkan penyakit pada bayi.  
5. Mengurangkan alahan.  
6. Menjaga kesihatan bayi dan ibu. 
7. Mengelakkan bengkak payudara.  
8. Mengeratkan kasih sayang dan menjarakkan kehamilan.

Faedah Pemberian Susu Ibu Mengikut Keperluan Bayi (Demand Feeding) 
1. Memudahkan ibu menyusukan bayi.  
2. Mengekalkan penghasilan susu.  
3. Mengelakkan bengkak payudara.  
4. Merangsang pengeluaran susu dengan cepat.

Bagaimana Memastikan Susu Ibu Mencukupi 
1. Mulakan penyusuan awal dlm masa 1 jam slps kelahiran.  
2. Memberi penyusuan susu ibu dgn kerap 8-12kali sehari dan bila2 perlu (demand feeding).  
3. Tidak memberi bayi minuman lain selain susu ibu.  
4. Tenangkan fikiran dan rehat secukupnya.  
5. Mkn makanan seimbang dan minum secukupnya mengikut keperluan.  
6. Teruskan penyusuan di waktu malam utk menggalakkan penghasilan susu yg banyak.  
7. Menyusu dgn posisi dan pelekapan yg betul.  
8. Pastikan tiada putting kosong/putting piring.  
9. Makanan tambahan dimulakan pada umur 6 bulan.

Faedah Ibu dan Anak Bersama Sepanjang Masa 
1. Dapat disusukan mengikut kehendak bayi.  
2. Mengeratkan kasih saying ibu dan anak.  
3. Mudah meneruskan penyusuan ibu sepenuhnya.  
4. Merangsang pengaliran dan pengeluaran susu.  
5. Mengelakkan bengkak payudara.  
6. Mengurangkan infeksi.  
7. Risiko rendah terhadap diabetes di kalangan bayi, kanser dan jangkitan telinga (Otitis Media). 



~ Alamakk mcm penat sudaa.. panjang lagi cite ni…tp dah sampai msnye tuk membuat bisnezz tenusu. So kite sambung citer susu2 part 2 esok2 ye..daa…

Sunday, July 17, 2011

Saya sudah pandai meniarap tau...

Yeeehaaa...
Masa tu saya baru berusia 3 bulan 18 hari tau..tapi saya dah dapat kebolehan baru.
Dah 3 bulan lebih saya cuma memandang atas..mengadap plaster siling abh..nampak putihhh saja.
Bosan rasanya. Saya sukakan yg colourful dan terang2.

Saya sudah jemu berbaring saja..saya mahukan sesuatu yang baru..
Sebab tu saya dah tak sabar nak menunjukkan kebolehan saya pada mama dan abh..
Paling penting pada abg Waiz sbb saya dah berjaya mengatasi kemampuannya masa dia bb dulu.

Tengok...


Saya bangga sangattt sbb baru umo 3 bulan 18 hari saya dah berjaya meniarap.
Terell tak?
Abg dulu2 lambat skit kan? Jgn jeless saya riak nih..
Heheee...

Mungkin itulah kata2 yg tak terluah dgn perkataan oleh bb Qaid..
Yg pasti...hoooyehh anak omak dah pandai meniarap..omak bangga dgn ko nak.
~woohaaa....~