Friday, December 3, 2010

Blueberry Cheese Cake

Mengidam utk mkn kek..
Bersemangat utk membuat blueberry cheese cake...
Make aku dgn semangatnye mendapatkan bahan2 di bawah...

1 bungkus Biskut Digestives (pek kecil) @ biskut Marie...
2 pek cream cheese yang setiap satu seberat 300 gram.
2 sudu besar butter. x mo lebih2 nanti berminyak.
3 biji telur.
1/2 cawan gula kastor.
2 sudu besar tepung gandum. 
1 1/2 sudu kecil esen vanilla.
1/4 sudu kecil jus lemon.
1 1/2 cawan blueberry

Care-carenye membuat crust base...
1. Biskut dipecah2kan terlebih dahulu dan dihancurkan menggunakan blender kering. Kemudian dicampurkan dengan butter yg separa cair. Gaulkan bersama sehigga adunan x berderai.
** Klu masih berderai, tambah sedikit lagi butter.
2. Tekan adunan biskut ke dalam baking tin yang telah dialas.
** Boleh alas dengan aluminium foil or baking parchment (kertas minyak untuk memasak).
** Gunakan spring form cake tin supaya kek mudah dikeluarkan apabila telah siap disejukkan.

3. Masukkan adunan yg siap ditekan ke dalam fridge lebih kurang sejam.
** Bungkus dengan plastik terlebih dahulu utk mengelakkan bau makanan lain melekat pada biskut.

Care-carenye membuat top cream cheese...
1. Dalam mangkuk lain, pukul krim cheese hingga sebati dan berkrim.
2. Masukkan gula, pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung, kacau dan sebatikan.
4. Masukkan  telur, satu persatu setiap kali dipukul hingga sebati. Jangan masukkan 3 biji sekali pukul. ** Masuk sebijik, pukul sebati, masuk sebijik, pukul sebati sampai cukup tiga biji. Pukul lagi bagi sebati. ** Anggaran setiap sebiji telur = 1 minit
5. Masukkan vanilla & lemon juice. Gaul hingga sebati dan tak lagi berketul.
6. Tuang adunan kek ke dalam baking tin tadi. Goyang untuk ratakan cheese.

7. Bakar guna konsep waterbath utk hasil yang cantik selama 45- 55 minit  dengan suhu 150'-160'.
8. Sejukkan dalam fridge at least 3-4 jam or 1 mlm b4 makan utk rase yg yummyyy..

** Make sure sumer peralatan yang digunakan kering.
** Konsep waterbath = Masukkan baking tin ke dalam tray yg lebih besar. Tuang air panas ke dalam tray...agak2 1/4 ketinggian baking tin.
** Utk kaedah selamat, masukkan baking tin + tray ke dalam oven terlebih dahulu, then tuang air panas ke dlm tray.
** Utk elak kek crack, jangan over bake dan selepas masak, keluarkan baking tin dari bekas berisi air, & biar kek rest dlm oven selama beberapa jam.
** Kalau bakar terus alamatnya memang kompom akan crack..

Tarra... inilah hasil air tangan aku..yg kat atas tu gamba hiasan je..Maklumlah, blum ckp otai utk menghasilkan yang sebegitu rupa..

Huhuu..gamba agak gelap sbb background dining table tu black.
 

2 yang mengomen:

adalova said...

kak an!!sedapnye..tp org buat kek 2x asik xjadi je..huhu

xeRoxiaTTe said...

adda..cube lagi..kek ni senang jek. mesti menjadi punye.