Wednesday, November 2, 2011

My suwiit home

Klu ditanya mana sudut kat umah aku yg paling aku suka... banyak kot... boleh kata living hall sbb kat situlah tmpat kami anak beranak menghabiskan masa bersama bermesra, bergurau senda dan bergelak ketawa.. boleh jugak kata dkt dapur sbb tulah tempat utk aku bersilat berkuntau menunjuk bakat dan kemahiran seni memasak yg tak seberapa ada. Pun boleh jadi dkt dining hall kot sbb situlah ruang utk aku menghidangkan juadah utk suami dan anak2.. dkt situ jugaklah anak2 aku dan suami terpaksa redha makan je apapun hasil bakat terpendam mama...or mybe dkt ruang laman sbb boleh jadi tempat lepak2 tgk anak2 bermain.. buang peluh pun ye jugak sbb trim pokok kat tanah sekangkang kera nun.

Maksudnya.... sume sudut dkt rumah aku tu aku suka sbb biarlah kecik atau besar rumah kami tu, itulah "taman syurga kami"... Tapi dalam banyak2 sudut yg aku suka tu, d'most besstt view yg paling aku suka ialah ... muka ais box aku kat dapur & dinding dining hall aku... nak tau sebab apa? sbb dinding2 itu dipenuhi aksi2 dan keceriaan wajah2 anak2 ku yg tercinta....

Nak bukak peti ais pun nampak muka anak2... even dkt peti ais aku penuh dgn fridge magnet dr mcm2 tmpat n alphabet FM, tp customized photo magnet nilah yg paling aku suka. PM ni aku beli voucher PhotoDelivery.com dkt MilkDeal. So, for 6pcs dptlah rege RM28..oklah tu murah dari harga biasa. Sekarang ni pun PhotoDelivery tgh offer voucher  for 6 pcs Customised Photo Magnet with 2012 Calendar + FREE 2 Photo Magnets + FREE Nationwide Delivery dkt MilkDeal. Lagi satu voucher dr BrilliantPrint pun dekat MilkDeal ... jom grab jom since deal is on.   
Ni pulak dkt dinding ruang makan. Kirenye nak mkn pun boleh hadap tgk aksi anak2... Time nk masuk dlm frame gambar budak2 ni jenuh bape kali filter sbb mcm byk st kott photoshot2 yg menarik... klu boleh sume nak tempek kat dinding tu..nak2 lagi gambar si abg Waiz yg mmg tak kalah bab action dpn kamera ni. So, nilah hasil dari persetujuan mama dgn abh dorg membuat pilihan... yg byk2 lagi tu kena taruk dlm albumlah jwbnye. Tu pun rasa cam kurang sesuatu...patut ada terselit gambar mama ngan abh duet tanpa anak2 kot.
~winkk... 
 
Kan ke suuwiiittt gituu...

Rase 'ceriaaaa utk kite aje..' je rumahku bila dihiasi dengan pemandangan2 yg mcm ni. Nak2 pulak cuci gambar pun dah senang skrg ni.. online je kan ... bersepah2 kat intenet yg provide service cuci gambar online..tinggal rajin tak rajin nak klik n uplod je lagi. Dua gambar besar tu pun adiah voucher dr eOeonline

masa menang kontez waiz dolu2..

Monday, October 17, 2011

Botol Susu Comel Mimijumi

Pernah tak korang mengalami kesukaran mem'botol' susukan bb? Senang cite maksudnya ~ bg bb minum susu dgn botol.. if ade, mmg pening kepala skit melayan kerenah bb. Tulah antara cabaran bagi ibu2 yg menyusu badan. Bila dah direct feeeding ngan kite mulalah payah nak berenggang, dah syokk bergantung je kejenye. Bila nak pisahkan menjadi ler masalah besar. Dan paling besar bila si ibu dah masuk keje after berbulan pantang. Stress dan merisaukan.. Mulalah keje pun tak senang hati.

Kata orang melentur bulu biar dari rebungnya..
So, dats mean dari masa pantang lagi, kenal2kanlah dia dengan puting tiruan a.k.a puting botol. Klu decide nak ebf, kenalah berusaha seawal pantang, memerah,mengepam dan membuat stok susu.. then bg susu ibu tru botol. Mmg kena ajar awal2, klu tak mmg masaklah maknye ngadap bb yg tanak bottle-fed. Kadang2 bb mybe reject botol tu, so dat better bapak2 or org lain yg susukan.. bukan sbb apa, kata org, klu kita mak2 yg nyusukan, bb tu cam ada bau susu badan mak dia sbb tulah dia reject bottle-fed. Tuk ajar bottle-fed, sesekali kenalah bertindak macam tu.. bb nangis pun kena nekad sikit asalkan senang di kemudian hari.

Bercakap mcm pakar, sudahnya kena batang hidung sndiri jugak bila tiba2 my bb baru2 ni pun tanak bottle-fed. Alhamdulillah, bb-sitter pandai handle, bb pun dah ok. Hopefully oklah selamanya. Nak ajar bb yg ebf ni menyusu botol mmg mencabar skit. Beli botol pun dah mcm try n error... Dah mcm2 brand pakai .. avent, MAM, breastflow... terbaru aku jumpe yg ni, botol susu Mimijumi so chomellah...looks pretty most like the natural dot..dot..dot..kan? Hehehe..
Sedikit info psl botol Mimijumi ni...

~ Mimijumi botol boleh mengatasi masalah transition dari menyusu ibu ke susu botol
  •  Bentuk puting menyerupai payudara ibu
  • Teksture puting ini lembut seakan-akan puting ibu
  •  Mengatasi masalah kekeliruan puting ibu dan puting botol
  •  Sesuai juga untuk bayi yang mula bercerai susu dengan ibu
  •  Material botol dibuat dari plastik EMS Grilamid di mana lebih baik dari plastic jenis PC, PP & PES
  • Botol ini tebal, permukaannya jernih seperti botol kaca dan ringan untuk dipegang oleh bayi.
  • Puting dibuat dari silicone yang selamat untuk bayi dan tidak mengandungi latex. 
  • "Wide neck style" -  memudahkan proses pembesihan di bahagian dalam botol
  • Setiap set mengandungi botol(240ml), puting dan penutup.
  • Free from BPA, Lead, Phthalates dan Latex
Byk2 brand kat luar nun, aku rasa yg ni most looks similar to a breast. Mmg d'best recommendation for ibu2 yg bermasalah menyusukan bb mcm aku. Rasanya klu camni bb x boleh bezakan yg mana satu artificial nipple, so mama pun x frustrated lagi bila baby rejected bottle.

Rege kat Malaysia paling murah pernah aku jumpa dekat azasbabymate or dkt sini pun sama RM87, tuk sparepart mimijumi nipple pulak 1 pack ~RM43, 2 pack ~RM80. .. Klu nak tgk dkt retail shop, refer dkt blog azasbabymate tu. Aku review je..x beli pun lagi. Now tgh berkira2 nak beli ke tak. Macam mahallah jugak. Buat masa ni bb-sitter pun ckp bb Fayyadh mau je bottle-fed. So, bertahan jelah. Reserve dulu kot for d' next time.
Apapun "Susu ibu is the no. 1". Klu boleh masa kite dgn bb, kerap2kanlah direct feeding. Byk yg tersirat di sebalik direct feeding tu.. dr segi perasaan x yah cakaplah...masa tulah rs  bertambah sayang,kasih,chenta,ikatan antara ibu dan anak....segala2nya cukup..kepuasan yg sukar digambarkan.. Tak caye? cube dulu baru tau.

Thursday, October 13, 2011

Sayang anak katenye...


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan :
“Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu.
~Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :-
1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
 

Huhuhuu..so touching,ternyata kehadiran anak itu 1 rahmat dan anugerah. Anugerah terindah juga buat aku kerna terpilih menjadi insan bergelar "IBU".. Tapi kan, ibu mana yg tak pernah menangis kerana anak? Baik tangisan kegembiraan maupun kesedihan. Tipulah klu ada kat luar sana yg dgn bangganya ckp, "Aku pun ibu tapi x pernah menangis pun sbb anak." Kental sangat kot. Klu spesis cam aku ni taklah sekental tu sebabnyee..otomatik beranak2 je mesti nangess tgk anak. Tu dah satu hal. Rasanya tu normal feeling kot mana2 mak yg beranak.

Bg aku jadi sorang mak bukanlah benda mudah. Nak2 aku yg tak setabah dan sesabar mana. Air mata laju je nak turun tak kesahlah apa kes pun.Hishh kekadang lawak pun ada.. Boleh tak aku menangis sbb nak ceraikan susu badan. Tu pun bukannya betul2 STOP breastfeeding juz decide nak campur susu formula sbb my bb dah start tanak bottle-fed time stay ngan bb-sitter. So, alternatif tanak bb meragam en nak mudahkan keje bb-sitter membela bb, terpaksalah aku decide camtu. Siriyes time tu dah touching2..coz perkara yg paling aku takut my bb dah syok ngan susu formula terus reject breastfeed. Cemana klu dia  tanak bf dah? Rasanya belum puas aku susukan dia dan belum cukup kuantiti yg dia dapat. Mybe sbb hati pun separuh rela, at last, bb aku pun reject susu formula tu. 

Tapi...tup2 susahnya balik kat aku,my hubby en bb-sitter too sbb bila dia dah tak mo bottle-fed, apalagi susu formula..sudahnye meragam jelah kejenye. Padan muka aku. Aduyaii  tido pun tak lena. Aku jugak yg susah hati bila tggal kat bb-sitter. Terbaru aku diuji bila bb-sitter tarik diri utk jaga bb Fayyadh.Tak dinafikan bb aku yg sorang ni mmg manja + kuat meragam + nangess jerit2 + susah tido + berdukung manjang..kire pakejlah. Once bb-sitter tu cakap, “akak serender”… teruss aku cam terkendu, hilang punca.. tp still contol maintain. Last2 masuk umah laju je air mata si ibu ni ngalir.. aduish EMO btul..kan dah kata dah aku ni x setabah mana. Tapi jgn kata aku..bila dah kelam kabut camni, laki aku pun x ley pk dah.. Panjang je termenung + mengeluhnya… Aduhaiiii… susah jadi mak ni..nak2 mak yg bekeje.. dok pulak dkt bandar camni mmg susah ya amat nak cari bb-sitter. Kot nak tauk kat nursery tanpa pk panjang mmglah boleh… tp selepas pk panjang… x sanggup kot.. kesian si kecik tu..

At last……Keputusan yg dicapai sepakat ialah menghantar si kecikku ke bb-sitter abg nya dulu… Adoiii jenuhlah jugak berkira2… bukan dekat..siap dari rumah..lalu opis dulu..lajak ke rumah bs yg jaraknya lbh jauh umah aku ke opis..mean 2 kali ganda perjalanan. So,bermulalah episode baru dalam keluagra aku. Demi mendapatkan jagaan yg terbaik sepanjang ktorg kat opis, rasanya tulah kot pilihan yg paling sesuai.Lagipun dah ada experience dgn dia. As parent, mungkin kepercayaan dan keyakinan lebih kepada Nek Pah, bb-sitter baru ni dan we all percaya dia boleh handle my bb…So, jauh pun jauhlah..minyak pun dah mcm air ujan lah jadinya..well, sayang anak katenye. Hopefully, serasilah hendaknya sbb ni pun dah masuk bs yg ke-3 even yg 1st dulu bukanlah reject sbb x ley handle.

Tak cukup dgn tuko bs, my SIL suggest pegi ambik air penenang tuk bb.. So, ktorg pun terjah Darussyifa.. ikhtiar for bb tak kuat meragam en serasi dgn bs batu nanti. Masa kat situ ada gaklah si kecik ni melalak-lalak.. then, ustaz tu baca2, hembus2 n dukung Fayyadh..elok pulak orgnye diam… Ade gak tanya ustaz tu… “ade samting2 ke?” Boleh pulak dia senyum2 je..then cakap camni “Dah,blk trus bg dia susu.” Haishh… main senyum2 pulak dia..tak pahamlah ustaz oii.. mule2lah aku dah pikir mcm2..mistik ke? Misteri nih..saje je kan nak buat ktorg berteka teki.

Hmmhh…Hari ni dah masuk hari ke-2 bb Fayyadh dgn nenek barunya…semalam dpt feedback ok je dia..tenang aje..minum susu pun mau je. Agaknya cemana pulak hari ni.. Haishhh… risau pulak hati ni. Hendak2 eloklah orgnya.. Kan dah kate bila jadi mak dgn abh ni.. benda utama yg dipikir mesti ANAK…bukan mudah menjadi anak dan bukan senang nak besarkan ank.. mcm2 benda nak kena tempuh.. permudahkanlah jalan kami dlm membesarkan anak2..agar mereka menjadi INSAN.

Wednesday, October 5, 2011

Percutian terkejut, kejutan dan dikejutkan @ Grand Lexis.PD

Last post pasal besday anak, now mau cerite psl besday sndiri pulak.
Well, feeling keterujaan menyambut hari lahir tak abis2 lagi ni..
camno??

Besday taun ni adalah besday terakhir in 2 series...
Taun dpn klu panjang umo dah berganti 3 series..
Owh tetibe rase sudah semakin tuwenya saya..

Smg aku bertambah matang, bertambah kesabaran, bertambah kasih sayang,
bertambah berat badan..haahaa..
Semoga aku kan mampu menjadi
~ hamba Allah yg bertambah keimanan,
~ anak yg membahagiakan ibubapaku,
~ isteri yg cerdik dan solehah buat suamiku,
~ ibu mithali buat anak2ku,
~ pekerja yg cemerlang,
~dan..yg semua yg baik2 saja...

Besday taun ni sangat besst sbb dapat kezutan yg maha dasyat..
Tak ku sangka2 u... mabeleslah penganjur surprize a.k.a suamiku..

Yg lucunya.. surprisenye hampir2 tak jadi sbb cik abg aku igt misinye dah kantoy masa aku cari stroller bb dalam bonet kete.. Aku pulak boleh tak terpikir napelah ada lugage kat dlm bonet kete.. boleh pulak membebel2 konon ada org tu mls nk kemas beg bwk naik atas, disumbatnye masuk dalam bonet.. heeheee..x togik langsung kan. Napelah lambat pick up betullah saya. Sudahnya barulah paham bila terkantoy masa org tu sembunyi2 bwk balik n letak kek dalam bonet kete.. yess punyelah suke sbb misi suamiku dah kantoy.. Dia pulak punyelah frust sbb plan berbulan2 suda kantoy... tp ms tu aku still x paham pun sbb baru separe kantoy gitu. Rupe2nya ada org diam2 mau bwk ktorg bercuti makan angin... dah siap packing sumer pun diam2..haishh camne aku ley tak terperasan. Bermula dgn perjalanan ke knduri dkt Seremban, then trus dilajaknye ke PD.. jenuh aku teka hotel apelah gamaknye ktorg akan check in?? Konon2 alah stakat PD..sumer hotel dah dlm kepala xde chancelah nak tipu aku..

Sekali..haaaa..tada... Grand Lexis, Port Dickson ko.. Rupenye dah 2 bulan suamiku beli dan sorok voucher masa Matta Fair ri tu. Eh..cemana aku ley tak tau dia g Matta Fair? So, dptlah less skit dari normal rate. Hehe koyak jugelah poketnye demi meraikan besday wife terchenta.. Speechless....
 
Terkedu i. Kelass ko Jah..5 star resort gtu.. i like it juta2 kali tau. Siriyes b4 ni, aku tak tahumenahu pun kewujudan hotel yg ada pool dlm bilik dkt PD ni. Meh aku review skit psl Grand Lexis ni. Ekceli, resort ni b4 dis dikenali as The Legend International Water Homes, PD.. Location, dekat2 ngan Glory.. Sampai2 je sana trus rase cam jatuh chenta, dah jadi 1st ranking dlm our faveret list hotel selepas Berjaya Hotel, Redang.

Stay kat hotel ni yg paling best sbb utamanye ada private swimming pool means pool dalam bilik.. Pas tu ade glass panel kat lantai bley nampak air laut. So, bg yg ada anak cam ktrorg ni mmg terbaeklah. xdelah susah2 nak keluar bwk anak bujang ktorg main air kat kolam luar and xde lah sakit telinge dgr dia melalak tanak balik ke bilik. Berendamlah sepuas2nya sbb sesambil lepak tgk tv pun boleh biar bebudak main air. Nak mandi sampai mlm pun boley tp dgn syarat kenalah observe jugak coz pool tu ley tahan dlmnye, 4kaki gtu. And then, dah nama pun private pool so sukatilah nak pakai apa n nak berenang bila2 masa pun. Ade sape kesah??

Cam ktorg check in ni type Premium Pool Villa, bilik mmg super duper luas and ada 2 king size beds. Citer banyak pun tak guna, so, meh aku tayang2 gambar pulak...
 
 
 
 
Dapat kek dihiasi dengan bunga ros 5 kuntum ... so suwittt...
 
 
Dah sampai sini, haruslah tuan punya badan yg diraikan senyum sampai ke telinga. Tinggal lagi tak kena tutup mata cam main aci2 bukak pintu je time ke hotel ni. Time kat lobby tu ade jugak aku tgk girl tu kena tutup mata.. aku bajet dia pun dpt surprise for save d'date. Kagum je aku ntah dari mana la agaknye kena tutup mata camtu. Kompom lemass..naseb baik laki aku tak dera camtu jugak,kan.

Perasaan?? Best tak yah cakaplah... Takkanlah dpt kejutan mcm ni boley pulak rasa cam xde feel apa2..Well, 5 star resort tu bukan sbb utama.. but d'main is feeling terkejut, rasa diraikan, dihargai, disayangi sumelah cukup rasa. And d'most best thing is my husband is soooo romantic n sooo suweettt.. cess nak jugak mention tu. Yelah, masuk ni dah kali ke-2 kot dapat kejutan besar. Memule dulu masa anniversary. Sapa yg tak rasa syook, kan? Haha..bab kejut..mengejut ni ..he is d'rite person walopun kdg2 ada jugak kekantoiannye. Bertuahkan sape bini dia? Hahaaha..bebuat perasan seketika.. Tapi aku pun penah tau buat surprise kat dia tp takdelah sehavoc ni.. Hmmh..dah nak kena pikir n create idea ni utk next year punye kejutan for my loving hubby..

And last but not least...
sedikit bebelan utk suami yg dicintai...

"Thanks a million for babah for d bigg surprized.  Love it.
  Sayang abh.. Semoga kasih sayang abh pada mama takkan berubah.. bertambah boleh.. kurang jangan.
  Mudah2an kebahagian akan teruss jadi milik kita sekeluarga.
  I 'm proud to say dats i'm so lucky to have you as my husband .... cecewahh...

Psstt : .............................. Kite repeat holiday kat sana lg buleh?? ahakss..hehehe.."

Mak aih terpanjang berjela la pulak entry ni.. ate  SUKE katenye.. nilah hasilnye bila org kesukaan bercerita. Oklah, for those yg nak tau more psl resort ni ley refer kat sini ye. Tak pun sape2 yg nak feeling2 hanimun for 1st time, 2nd time or kali keberapa skali pun.. i suggest dis is among d' best and romantic place. Credit 4/5.. Klu rase2 nak check rate or booking bilik online, klik je kat sini , tak pun sini pun boleh. Rasanya booking online lebih murah and byk offer. Pakej hanimunn pun ade tau...

Monday, September 19, 2011

Selamat Ulangtahun ke-4, sayang...

Owhhh knapa mama sangat kemalasan menghapdet...
Kesiann byk citer anak2 terperam je.
Tp klu dapat peluang menghapdet mesti menjela2kan.

Hari ni mama semangattt...
sebab hari ni 19hb Sept 2011...
Klu diimbas 4 taun yg lalu, hari ni mama di Hospital Serdang..
Masa ni muka dah berkerut kedut menahan sakitt...
Bergenang air mata..

Masa ni jugaklah terasa peritnya untuk bergelar seorg ibu..
Masa ni jugaklah abh dan atuk sedia meneman memberi sokongan..

Beberapa jam lagi masa mama bertarung nyawa buat pertama kalinya...
Teringat betapa cemas saat itu...
dan tiba2 doc menyatakan mama perlu dioperate
disebabkan adanya komplikasi...
saat itu...abh menurunkan tandatangan tanda keizinan..
mama yg kelu tanpa kata merelakan apa saja.

Disaat umat Islam sibuk menanti masa berbuka,
abh menanti dgn penuh debaran..
air mata bergenang kerisauan..
abh sampai terlupa utk berbuka..
sudahnya seteguk air sekadar syarat berbuka..

Alhamdulillah, di saat magrib itu..
Kau lahir jua..
Segala perit..segala sakit..dan air mata berganti suka.
Betapa mama dan abh bahagia dengan kehadiranmu sebagai cahaya mata pertama.

Nuzul Waiz Irtiza... anugerah terindah buat mama dan abh.
Kini usiamu dah menganjak ke-4 tahun...sungguh cepat masa berlalu.
Kini kamu sudah pun ber-adik...kasih sayang terbahagi 2..
Namun, percayalah kasih sayang dan perhatian mama dan abh tetap sama..
Tak ada yang lebih atau kurang...semuanya sama rata.. biarpun ber-2,3,4,...

Di hari ulangtahun yg ke-4 ini,
Mama doakan dikau kan jadi anak soleh yg bisa membahagiakan kedua org tuamu, panjang umur dan mudah2an hidupmu sentiasa dirahmati-Nya.
Mama dan abh mungkin x mampu berikan kemewahan harta..insyaAllah, kemewahan kasih sayang kan jadi milikmu dan adik2 hendaknya.

Saat ini air mata masih lagi bergenang kerna kasih sayang seorang ibu buat anaknya..
Ya Allah...aku mohon Kau bentuklah anak2ku menjadi insan yang terbaik.


Nukilan buat anakku...Nuzul Waiz Irtiza b. Zulhari.. luve u.

Friday, July 22, 2011

Susu Ibu Pilihan Terbaik Part 1

Baru2 ni kemas punya kemas bilik, maka terjumpelah khazanah bermakna yg aku dapat masa deliver bb Qaid dulu. Dis..pamplet from Hosp. Kajang. Good info. So, I think y not kite sharing info di sini. Sharing is caring. Plus, for guide & my reference too.
"PENYUSUAN SUSU IBU PILIHAN TERBAIK."

Polisi Penyusuan Susu Ibu di Malaysia.
"Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama 6 bulan dan meneruskan sehingga anakmua berumur 2 tahun. Makanan pelengkap dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.
"SUSU IBU PILIHAN TERBAIK"…dari ladangg…hehe ni aku tokok tambah sendiri.
Kelebihan Susu Ibu  
1. Kaya antibodi – melindungi bayi dari jangkitan dan alahan.  
2. Kaya sel darah putih – melindungi dari jangkitan.  
3. Kaya vitamin A dan E.  
4. Faktor pertumbuhan – kematangan usus dan mencegah alahan.  
5. Sejenis laksatif – mengeluarkan meconium dan mencegah jaundis.

Faedah2 susu ibu utk bayi 
1. Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibody)  
2. Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yg sesuai.  
3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit birit serta penyakit saluran pernafasan.  
4. Mengurangkan risiko kepada alahan.
5. Perkembangan daya intelek yg lebih baik.  
6. Kurang masalah pergigian dan orthodontik.  
7. Mengurangkan penyakit kencing manis pd kanak2, pneumonia dan jangkitan telinga.
8. Menggalakkan tumbesaran.  
9. Penghadaman yg lebih mudah.

Faedah2 susu ibu utk ibu 
1. Membantu mengecutkan Rahim – mengurangkan pendarahan.  
2. Mengeratkan kasih saying antara ibu dan anak.  
3. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovary.  
4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kehamilan.  
5. Menjimatkan masa dan wang.  
6. Mudah dan tidak perlu persediaan – nak g memana pun sonang…x yah susah2 berangkut beg susu bagai…ank ngiauuuuu..selak & sumbat jek..hehe..

Kepentingan Penyusuan Awal Dlm Masa 1 jam selepas bersalin 
1. Untuk merangsang pengaliran susu yg cepat.  
2. Mengelakkan bengkak payudara.  
3. Pemberian awal (kolostrum) yg kaya dgn protein serta antibodi utk mengelakkan bayi dr jangkitan.  
4. Mengelakkan pendarahan selepas bersalin.  
5. Kolostrum menjadi imunisasi yg pertama utk bayi.

Kepentingan Penyusuan Sepenuhnya (Exclusive) 
1. Tiada minuman lain diberikan selain susu ibu.  
2. Tidak memberi putting tiruan kepada bayi (pacifier).  
3. Berikan penyusuan susu ibu dgn kerap sekurang2nya 8-12kali sehari.  
4. Antibodi dalam susu ibu mmemberi perlindungan dan mengurangkan penyakit pada bayi.  
5. Mengurangkan alahan.  
6. Menjaga kesihatan bayi dan ibu. 
7. Mengelakkan bengkak payudara.  
8. Mengeratkan kasih sayang dan menjarakkan kehamilan.

Faedah Pemberian Susu Ibu Mengikut Keperluan Bayi (Demand Feeding) 
1. Memudahkan ibu menyusukan bayi.  
2. Mengekalkan penghasilan susu.  
3. Mengelakkan bengkak payudara.  
4. Merangsang pengeluaran susu dengan cepat.

Bagaimana Memastikan Susu Ibu Mencukupi 
1. Mulakan penyusuan awal dlm masa 1 jam slps kelahiran.  
2. Memberi penyusuan susu ibu dgn kerap 8-12kali sehari dan bila2 perlu (demand feeding).  
3. Tidak memberi bayi minuman lain selain susu ibu.  
4. Tenangkan fikiran dan rehat secukupnya.  
5. Mkn makanan seimbang dan minum secukupnya mengikut keperluan.  
6. Teruskan penyusuan di waktu malam utk menggalakkan penghasilan susu yg banyak.  
7. Menyusu dgn posisi dan pelekapan yg betul.  
8. Pastikan tiada putting kosong/putting piring.  
9. Makanan tambahan dimulakan pada umur 6 bulan.

Faedah Ibu dan Anak Bersama Sepanjang Masa 
1. Dapat disusukan mengikut kehendak bayi.  
2. Mengeratkan kasih saying ibu dan anak.  
3. Mudah meneruskan penyusuan ibu sepenuhnya.  
4. Merangsang pengaliran dan pengeluaran susu.  
5. Mengelakkan bengkak payudara.  
6. Mengurangkan infeksi.  
7. Risiko rendah terhadap diabetes di kalangan bayi, kanser dan jangkitan telinga (Otitis Media). 



~ Alamakk mcm penat sudaa.. panjang lagi cite ni…tp dah sampai msnye tuk membuat bisnezz tenusu. So kite sambung citer susu2 part 2 esok2 ye..daa…

Sunday, July 17, 2011

Saya sudah pandai meniarap tau...

Yeeehaaa...
Masa tu saya baru berusia 3 bulan 18 hari tau..tapi saya dah dapat kebolehan baru.
Dah 3 bulan lebih saya cuma memandang atas..mengadap plaster siling abh..nampak putihhh saja.
Bosan rasanya. Saya sukakan yg colourful dan terang2.

Saya sudah jemu berbaring saja..saya mahukan sesuatu yang baru..
Sebab tu saya dah tak sabar nak menunjukkan kebolehan saya pada mama dan abh..
Paling penting pada abg Waiz sbb saya dah berjaya mengatasi kemampuannya masa dia bb dulu.

Tengok...


Saya bangga sangattt sbb baru umo 3 bulan 18 hari saya dah berjaya meniarap.
Terell tak?
Abg dulu2 lambat skit kan? Jgn jeless saya riak nih..
Heheee...

Mungkin itulah kata2 yg tak terluah dgn perkataan oleh bb Qaid..
Yg pasti...hoooyehh anak omak dah pandai meniarap..omak bangga dgn ko nak.
~woohaaa....~

Saturday, July 16, 2011

Review of my Spectra3

Tenggelam timbul...tenggelam timbul..saya ni kan.
Ate...masa sgt mencemburuii.. nak curi2 pun cukup2je.

Kali ni aku nak share cite psl Spectra3 aku tu...
Ape bendanye spectra3 tu? Bukan kete Kia Spectra.
Ye aku taulah klu gugel je bersepah cite psl spectra ni..
Meh aku tambah semak dan sepahkan lagi..

Spectra3 yg aku miliki ni ekceli sebuah ke sebijik pam susu...
Adoiii tau lah makcik skrg nak jd pembekal susu berjaya...dah xde cite lain..cite psl susu..susu..susu..dah macam nk menjual susu la pulak. Sukatilah kan..atenye aku skrg kan cam tgh bersemangat waja gitew...So sila supportttt plezzz..

Balik cite psl breast pump tu tadi...
b-pump ni jenis elektrik..jadi pilihan aku sbb rata2 member, jiran, ank buah suku sakat pakai yg ni. Pastu try searching pun ramai ibu2 kat luar sana yg pakai type Spectra3, Avent or Medela. Yg pakai Spectra3 pun bg feedback yg baik. Lagipun as electric pump, harganya reasonable & mampu milik skitlah compare dgn yg lain2 tu. Lagi mahal lagi bestlah kot..kot jelah maklumlah yg ni je yg termampu milik olehku.
Ade satu pun dah cukup puas ati kot. yg ni je yg aku mampu..sosak napehlah jugak masa nak membeli setnye plus accessories itu ini lagi. Klu dah x dipakai nanti maunye aku jual, x pun sewa kan..tp tu pun setelah pakai sampai puas...sampai bb dah stop menyusu bdn or sampai susu dah kering. Tu lain taun punya citer. Berani aku tak gunakannya seMAXimum mungkin...klu nak kene bebel..bebel..bebel dgn Mr.Suami sampai bertaun lamanya try la buat..Jadinya harus pakai habis nih.

FEEDBACK aku sbg pengguna baru pump Spectra3 ni...
1. Berbaloilah jugak utk pam elektrik dgn rege yg berpatutan.
2. Berat skit tp xlah seberat bb aku..sejujurnya, x terasa sgt pun mengangkutnya.
3. Senang nak compactkan dlm 1 beg..mcm aku compactkan terus segala mak nenek pump + b.shield + bottle dlm Autumz bag.
4. Boleh buat double pump jugak..so jimat masa.
5. Suction kuat..so boleh hand free jelah. Boleh je nak main game kat hp cam aku, tp kena ati2lah skit.
6. Senang nak bersihkan.
7. Bunyi agak kuat so x ley nak cover2 la time buat bizness tenusu ni...tp xdelah sampai sebatu dgrnye.

Apa lagi erk?? Tu je kot stakat ni. Nanti klu ade new findings, aku topup lagi kat sini. But rite now....tulah satu2nya pump yg ku sayang2. Manual Pureen pump yg aku beli time Waiz dolu2 mmg awal2 lagi reject. X mendatangkan hasil..sedeyy tau... Spectra3...kaulah pembantu setiaku, tanpamu x termampu aku nak fully bf my baby. Thank u..thank u..spectra. Eewaahh over pulak.

Thursday, June 30, 2011

Chiken la pulak...

Sebelum ni ada yg panggil saya mama Waiz
Tapi skrg panggilan itu dah x valid lg.
Sudah expired sbb mama skrg perlu dikongsi bersama Waiz & Qaid.
Klu diteruskan jeleslah Qaid nanti..
Jadi patutkah ditukar panggilan ini menjadi Mama Waiz & Qaid??
Pun tak boleh mcm panjang sgtttt la pulak..

Jadi kita gunakan panggilan Mama Waiz or Mama Qaid seswaii mengikut keperluan
dan keadaan.

Mlm ini...mama Waiz mahu cerita psl Waiz..
Kesian budak ini bertimpa2 dugaan yg dtg.
Takpe mama yakin...hero mama dan abh ni kuat,kan?
Baru beberapa bulan je patah tgn...
Parut dah gerentilah x ilang lagi.
Tiba-tiba...dia dijangkiti virus Chiken Pox pulak.
Lihat...ilang suda kehenseman beliau setelah ayam-ayam itu keluar.
Nak hantar ke nursery@schoolnye dah tentu2 kena reject...dia pun bukan larat sgt.
Nasib baik jugak dia kena ari Jumaat. Kurang2 Sabtu ngan Ahad tak keje..Isnin aku cuti
tp memandangkan aku baru je msk keje terpaksalah tukar shift dgn abh dia pulak esoknye.
Tapi dua2 org cuti dah makin menipis...sudahnye bila dia dah ok skit, angkut jelah dia ke opis...
Kesian jugak tp nak buat macamana...

Bwk pegi opis halau ayam-ayam sume kuar ke opis la pulak. Syouh..shohh pegi jauh2..
Alhamdulillah, buat masa ni adiknye blm nampak tanda2..risau pulak aku ayam-ayam tu lari ke si kecik tu.
Kecik sgt nak menanggungnye.


Petua yg aku tau..nak ilangkan gatal2, mandi or lapik tido ngan daun semambu..
Jadinye gigihlah bersoal siasat dkt jiran2 kat mana leh jumpa daun semambu tu..
sudahnye dapat tau ada kat area Bangi lama..
Rupenya banyak pokok tu dkt sana tp masalahnya susah skit nak ambik sbb daunnye merimbun ke arah longkang..nak tak nak terpaksalah abhnye berusaha memanjat...nasib baiklah tak jatuh longkang..

Kat belakang sebelah kiri tulah pokok semambu tu.
Panjat punya panjat...berjaya jugak bwk blk daun semambu walaupun hasilnya x banyak.
Smlm...masa jemput aku kat opis, dugaan sekali lagi...
2 beranak ni accident kecil dgn motor,sesama staff.
Sekali lagi Waiz jadi mangsa...lebam skit terhantuk dashboard..
Mujurlah xde apa2..Syukur sangatttt2. Cukuplah trauma kami dulu.
Semoga kami sekeluarga sentiasa di bawah perlindungan-Nya.
Semoga Waiz sihat seperti biasa dan dpt
mulakan hari2 di taskanya dgn ceria..
Ameen.

Friday, June 24, 2011

1st day but not 1st time

Hari pertama masuk opis setelah 3 bulan x bersua. Nasib baik igt lagi password tuk log in msk keje..hehee.
Terasa kejap benar masa berlalu. 4,5 org opismate aku pun ckp mcm kejap je..tau2 aku dah muncul balik.  Tgk korang pun tak caye, aku yg menghadapinye lagilah mcm x percaya je, dah bercoti2 3 bulan, terase mcm salah kire la pulak. X puas melepak lepuk kat rumah lg. X puas nak mengulit bb lagi...tuptup dah kena keje..napelah gomen taknak bg cuti 6 bulan ke..klu 6 bulan mesti ramai ibu2 praktikkan ebf ni..sbb ley direct feeding..Amboii ko makcik x cukup2 ye..dah dibagi betis, nak peha..dah bg peha ni nak ape lak lagi?
Untung dah ni.Ye ye aku sedar diri dah ni sbb tulah aku tak smbung cuti walopun rasa cam alang2 jek msk kije ari Jemaat ni.

Tp stat keje ari Jemaat lah best. Sbb Jemaat time keje x panjang jd sangat baik tuk setup, warm up & refresh otak yg dah membeku ni. Cthnye tadi..msk opis jumpa kwn opis..sembang2 skit...on PC skali monitor tanak display..agaknye merajuk ati sbb dah lama ditinggalkan. Pegi comp workshop tukar monitor..jumpe kwn lg..borak2..blk meja..tgk tempat mak aih berabuk mcm masuk gua. So, ambik bulu ayam sapu... sapu..sapu..kemas2 apa patut..on PC balik check email2 yg aku skip x baca sume ms kat umah tu..pg mengepam susu...godek2 keje lama..tgk ape progress...godek tu godek ni..tau2 jam dah kul 12.15. Masa rehat panjang, so buleh balik umah ambik bb. Tgk ape cite dia ngan bb sitter dia. Nak ke dia feeding tru bottle.

Hari pertama jugak anta bb Qaid ke bb sitternya. Pertama kali dalam hidupnya ditinggalkan. Kesian anak mama terpaksa duduk dgn org.Ate mama kan bekerjaya orgnye.Nasib baik ari ni aku tabah x menangis mcm mula2 anta Waiz dulu. Mungkin sbb anak kedua dah kot..pastu bb pun cam dah besar, x merah2 lagi.Tp hati tetap berdebar2..risau..kesian..merindu sume ade. Cume sbb dlm pale pk tgari boleh blk ambik dia, so xdelah i tacing2 sgt.

Hari pertama jugak si abg dan...dan ni la pulak dia nak demam. Selama 3 bulan aku jaga elok je dia..buleh ari ni pulak dia demam mcm saje je nk bg reason x di anta ke nursery. Hehe x baik kan ckp camtu..jahat mulut betullah saya.Tp dia ni pesen demam malam, siang ni aktif skit. Abh dia pulak awal2 lagi dah decide bwk g klinik n then trus je folo abhnye g opis. So, terlepas lagilah si Waiz ke nursery ari ni.Sukalah tu..nak2 lagi dpt folo abh pegi opis, mmg feberet dialah.

Hari pertama jugak aku memulakan operasi pam-mengepam di opis. Lain hasil tenusu ni klu kita mengepam time keje. Mana taknya, klu dekat rumah kena main share2 direct feeding + mengepam. Ini tak, susu membuak2 ank pulak xde nak disusukan. So, bila dah dipam mmg pencapaian sgt2 terbaeklah. Especially buat aku yg b4 ni cume ley dapat sekali pam 2-3oz jek.Kali ni, hambik ko sebanyak ini...lebih kurang 5-6oz.
Alhamdulillah, berjaya jugak  aku hasilkan tenusu sebanyak ini. Maka...kembang kembislah idung ini hah disebabkan keterbanggaan + kegumbiraan.
 
Mak bangga nak..hahaha..
Pencapaian terbaik buat aku, dengan sekali sesi pam 15-20 minit aku leh dpt sebanyak ni. Yelah kan, klu boleh taknaklah curi masa lama sgt..cukuplah 15-20 minit atau paling lama setengah jam setiap sesi. Sehari 2 or 3 sesi di opis x 6oz. Makcik kayoo..ee eh tetibe.. hehee kaya jugak. Kayo dgn hasil tenusu buatan sendiri. Klu ari2 mcm ni, cukuplah kot bekalan tuk bb. Nak2 pulak aku skrg yg mmg tgh berkejar-kejaran membuat stok..maklumlah x reti2 nak buat stok awal2..Skrg ni tahan napas jelah bekerja keras menyimpan stok takut2 x cukup, kang x tercapai pulak misi dan visi aku tuk fully breastfeeeding my bb.

Klu mengikut kefahaman, kemampuan aku serta keperluan bb...maka beginilah formulanya:-
- Storage utk 1 hari -> 3 session x 5-6oz = 15oz - 18oz
- Masa menyusu spjg masa bekerja -> 9 jam bekerja/2 (feeding every 2 hours) = 4 kali menyusu
- Rate keperluan bb utk 1 hari -> 4 kali menyusu x 4oz = 16oz
- Bekalan utk 1 hari -> 5 bottle x 3oz-3.5oz =15oz - 18oz

Mcm teacher math suda...klu mengikut formula kat atas tu mmg bekerja keraslah skit. 
So, harap2 esok2 pun mcm ni jugaklah hendaknya...Klu sehari ley dpt 15-18oz..hari ni campur esok + lusa + tulat + esok lagi satu + esok dan esok...= kayo.. kayo..kayo..hahaa bape byk kali esok daa...

Apaapapun, semoga dipermudahkan niat suci murni aku tuk memberi khasiat dan zat yg terkandung dlm susu ibu utk ankku yg tersayang.

Thursday, June 23, 2011

Saya sudah...anda bila lagi?

Yeouhuu barang yg ditunggu2 dah kunjung tiba tgari semalam. Tak sangka servicenye sepantas kilat. i like it. Blum sempat aku terhegeh2 menunggu barang ni sampai, sekali dah pon..pon..depan umah aku lori kurier ni. Mantop..terbaiklah..beli on9 ari ni, sok tgari dah dpn mata. Selalunya klu beli on9 ni paling koman aku dapat brg 2 ari slps.

Sila teka apakah gerangan barang ini?
Cewaah suh teka2 la pulak. Ade ke yg nak teka ni? lainlah klu aku offer sape betul dapat benda alah ni, kan? Sungguh syokk sendiri betullah. Klunye brg ni sangat berguna utk aku yg dah nak kembali bekerja ni. Kotak cap Healin tp bukan barang healin ye. Patutnye barang ni awal2 lagi dah include kot dlm checklist brg yg patut dibeli ms aku pregnant dulu tp apa nak buat baru sekarang dapat an-nur dan baru sekarang tekad buat keputusan berani ni..then br nak survey murvey, makanya baru semalamlah aku memiliki benda alah ni.

Apa keputusan berani tu? Ngehngehngeh...ngengadelah ko makcik nak main teka teki teka tekuk pulak. Ye..ye aku expelain ler nih. Sebelum tu jom kita terjah tgk apa isi perut kotak td tuh.

Isi perutnya ialah : Spectra 3 Electric Breast Pump + 1 additional Breast Shield Set (for double pump) + Autumnz Cooler Bag + 6pcs Safety Plus Storage Bottles + 3pcs Autumnz Reusable Ice Pack
So, tgk barang pun dah ley tangkapkan apa keputusan berani aku tu. Yelah, dulu aku buta hurup skit bab2 breastfeeding ni..tak cukup ilmu dan x cukup pendedahan. Org2 keliling aku pun takde yg fully bf ni. Masa 1st bb, aku lak ­­keje kilang cha ya nun alip.. Masa tu pulak aku pk klu nak pam susu kat opis, mesti storage lam fridge. Jadi klu dah nama pun keje kat tempat cha ya nun alip ni dah tentu2lah isi kandungan fridge tu agak was2 dan meragukan ke’halal’lannya. So, aku pun xdelah ambik pusing sgt ilmu2 bf ni..yelah x bersungguh nak fully bf katakan.

Tp lately since aku dah keje ngan org Melayu sesaje ni, plus lg ada opismate & kengkawan lain yg praktikkan ebf  and keje pam mengepam ni..so, aku pun mcm interest jugaklah. Tp tu baru 'macam' jek blum betul2 interest or sampai seru lagi. Sampai satu masa tgh aku bercuti ni dan baru2 nak ajar bb menyusu botol tu pun bubuh susu bdn, respon bb oklah cam budak baru belajar menyusu botol..Then blk kg, akak aku bg susu formula tuk test bg kat bb. Masa tulah baru aku perasan yg bb reject terus botol klu letak susu formula. Masa tu kot barulah terbit instinct keibuan aku tuk fully bf... Malas dah nak try n& error susu formula lain, so, aku decide nak truskan je ngan susu badan. 

Cukuplah dulu time Waiz aku campur susu sejak dlm pantang lg. Then, ms umo 8 bln dia reject susu formula ni. Jenuh try & error segala mak nenek jenis susu, abis sume dia reject sudahnya since 8 bulan tu idup dia kt umah bb sitter bergantung ngan air putih + mknn je. Balik opis sampai malam, sampai ke esok pagi balas dendam bergantung menyusu badan. Nasib baik jugak bb sitter aku ni pakar memasak... masak sedap, Alhamdulillah besar sehat budak Waiz tu. Tp tulah kan pk2 balik kejam sungguh mama dia time tu..langsung xde kesedaran sivik. Tp kan ada jugak aku penah perah memerah time tu cume xde hasil, so aku pun down..gibup, xde dah nak pk alternatif lain. 

Sedikit kesal di situ. Tak nak dah kejadian yg sama berulang. Terima Kasih sayang mama sbb bg petunjuk kat mama, sbb reject susu formula tu. Bila dah sampai seru gini, barulah aku hegeh2 nak mensurvey2 pasal breastpump segala. Barulah sibuk nak korek2, tanya pakcik makcik gugel segala psl ilmu bf ni. Kesian kan.. agak terlambat di situ, sudahnya mcm nilah, x ke kelam kabut jadinye membuat stok susu. Sok aku dah nak masuk keje dah. Mujurlah dlm lambat2 kesedaran tu timbul, aku sempat jugak buat skit2 stok..tp by 'handpress'lah. Hasilnya memberangsangkanlah jugak. Nilah antara production yg memuaskan ati.
By handpress ni mmg memuaskan ati jugak. Lebih senang, xyah nak clean or sterilize segala kit. Takyah jugak mengangkut berat2 g opis. Tak yah berhabis2 duit. Tp kena betul2 ada skilllah. Mslh lain mcm lambat skit kot plus suka meleleh2dan aku x terrer. Jadinye. aku pun decide beli pump & accessories  ni dgn harapan dptlah memudah dan mempercepatkan lg keje perah memerah susu. Nak2 pulak aku ni kan pekeje baru, so x nak lah kang pegi buat stok jd bahan or isu pulak kt mam2 aku. Nmpaknye, terpaksalah berkorban duit skit..demi ank. Duit boleh cari kot...Experience, keindahan, nikmat, bangga, khasiat dan kepuasan tu yg paling penting. Byk kebaikan susu ibu ni kan..So, x salah kot membeli asalkan alah membeli menang memakai.

Harap sgt keputusan yg aku buat ni yg terbaik. Lagi satu, dah buat keputusan ni..hati kena cekal, semangat kena kuat, x leh buat keje separuh jalan. Disiplin kena kuat xley main2 klu tak sesia je berabih duit beli sume2 ni. Dan harap2 susu pun byk...x terhenti di separuh jln...dpt bertahan setaun dua itu sgt2lah terbaek.

Lagi satu setelah menonton rancangan Adik-adik & Al-quran kt tv 9 semalam, buat aku semakin bersemangat utk ebf ni..dlm rancangan tu ada membincangkan psl ayat ni...

نَّ بِالْمَعْرُوفِ لاَ تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلاَّ وُسْعَهَا لاَ تُضَآرَّ وَالِدَةُ بِوَلَدِهَا وَلاَ مَوْلُودُُلَّهُ بِوَلَدِهِ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَلِكَ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالاً عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا وَإِنْ أَرَدْتُمْ أَن تَسْتَرْضِعُوا أَوْلاَدَكُمْ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّآءَاتَيْتُم بِالْمَعْرُوفِ وَاتَّقُوا اللهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرُُ {233}

Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah: 233).

Dan dari Surah Luqman, ayat 14: 


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman :14).


See dah termaktub dlm Al-quran kebaikan susu ibu ni. Even time Waiz dulu aku x ebf, at least aku bangga dpt menyusukan dia sampai umo hampir 3 taun. So, susu lembu nyah ko from my bb. Tolonglah...mudah2an susu cap ibu ni bertahan lama..jgn la buat aku serender..

Jom zoom skit apa yg aku dah beli...
Spectra 3 Electric Breast Pump
1 additional Breast Shield Set (for double pump)
Autumnz Cooler Bag
Autumnz Reusable Ice Pack
Sume ni aku beli online jek sbb rata2 kedai yg aku pegi lagi mahal. So, after compare beberapa kedai 0n9 n shop, aku prefer littleWhiz.com je. Yg ni aku beli package sale trus ~ rege RM459, free delivery.

Selain tu, boleh jugak riki2 kat list bwh ni:-

First phase da setel, skrg masanya tuk mendisiplinkan diri, mengcekalkan ati dan menjayakan misi. Go mama go...niat baik mesti dipermudahkan insyaAllah. Mudahan anak2ku mendapat yg terbaik dr ibumu. 

Wish All d' best n Good Luck for me.. berusehee.

Wednesday, June 22, 2011

Mcm sayu je...

Oh tidak..tidak..
tak tertahan dah rasa sayu di hati ni..kenapa? Why why i'em not feeling better ni?
Mana tak sayu ati ni oii...tggal 1 ari je lagi..1 ari je lagi ni..huhuu sedih ya hamat sbb sok lusa aku dah kena resign post suri rumah sepenuh masa ni. Maklum jelah status jawatan aku ni 'temporary' bukan 'tetap' hokey. Well, tu pun dah kira baik. Klu dulu post full housewife temporary ni gomen (kerajaan) bg kontrak 60 hari bersamaan 2 bulan jek..skrang gomen tambah lagi sebulan. So, merasa la jugak mkn gaji buta-buta 3 bulan weh. Tp i tell u, setelah berkecimpung dgn dunia suri rumah sepenuh masa ni...rase semacam ter'falling' in love' la pullakkk... seriess ni bukan main2..tp tahap falling in love jelah bkn sampai rasa nak benti keje. Blum lagi sampai seru kot..tggulah kot2 nanti ktorng der bisnes sndiri masyuk puluh2 riban sebulan baru leh pk benti keje kot.

Balik pd citer sayu td.. gile tak sayu ko.. selama dekat2 3 bulan ni..ari2 ko bangun tido, bukak mata ngadap si kecik, belek dia..belai dia..nenen dia. Dari mandi, menyusukan, pakai, tido sume ngan tangan sendiri. Dr tapak kaki besor 2 jari dah besar 2 tapak tgn..ewah..Alih2 dah nak kena pas sume tu ke tangan org lain. Org yg aku tak kenal sangat pulak tu. Kesian rasanye kecik lg budak tu. Hmmh...nak buat mcmana dah tulah adat dan resam dok kat bandar ni...nak cari makan kanalah bg sepenuh kepercayaan kat org tuk jaga anak2 kita. Klu ati tak sepenuh rela mmg buat keje tak senanglah. Klu dekat ngan kampung boleh jugak pas kat mak ke, mak sedara ke bela. Jadinye, aku kena tekad..think Positif..nak tak nak kena pejam mata, kuatkan semangat jek..lain tu tawakal jelah penguatnya. Alah dulu masa Waiz tu elok je org jaga. Lg kecik..masa tu 2 bulan jek. Membesar bagai juara jugak. Ntah2 aku bela pun x sebesar tu jadinye..cewah ayat penyedap perasaan je tu.


Jgn kata si baby je...si abg ni pun terasa sayu gak nak dianta ke nursery. Yelah, sejak tragedi dia patah tgn tu, aku berpantang, sampailah sekarang dah nk masuk 3 bulan, sehari pun tak dianta ke nursery...Dia lglah kemain suka..boleh ari2 berkepit dgn mama + adiknye..boleh ngadap tv + cd + games..boleh main basikal, sepah rumah segala..mau tak syorgaa. Kena bebel, marah, cubit tu sume blakang kira..apalah sangat kiranya. Tp si abg ni x kesah sangat...x lah merisaukan aku. Takat2 dia melalak ms kat nursery pun melalak manja or ngenagada je kot. Dia dah besar..dah pandai pk, pandai bawak diri. Lagipun kat situ mmg tmpat dia.Tgk jelah selama 3 bulan dok berkepit ngan aku, dah naik lemak manja + mengada2nya. Elok pun anta nursery cpt2 sbb aku rs bdk2 ni kadang2 bila duduk dgn org dia lebih disiplin...ini dok ngan aku ari2 kena ckp kuat..baru jalan..klu guna psykologi ckp pelan2...elok2 sekali dua ok la, yg lebihnye, dia buat do no je...mau aku pulak yg psyko. Fuhhh..mencabar iman betul. Tambah mencabar lagi bile keje suri rumah ni sebenanye x penah abis ngalahkan keje opis. Mana tak aku ckp camtu..keje opis ade gak date linenye. Ini tak, kite kemas depan..baru sedap mata memandang..dah kat blakang beterabur dikerjakan ank..br siap kemas blkg..depan pulak bersepah mcm tongkang pecah.Tu belum kira tingkat atas bawah lg. Nak sejuk mata tu tahan lama skit masa budak2 tido jelah. Tu xperience aku yg baru sorg hero buat keje..klu hero si kecik ni dah tunjuk bakat nanti...lglah tak abis2 kutip..simpan..sepah..sepah..kutip..simpan...tu jelah kitar idup aku kott..hahaha...

Bg aku diberi peluang menjadi suri rumah sepenuh masa mmg nikmat..cumanya mmg iman + kesabaran + kepantasan + kecekapan kena tinggi. Tahap aku..ala2 je kot. Mcm aku mama ber"anak" 2 hero ni...mmg tercabar. Mencabar dan tercabar pun tp happening..interesting..sbb utama puas ati anak2 membesar dpn mata..Cukup tak cukup makan pakai sume dekat tgn sendiri. Anak2 kena marah, kena cubit pun dgn mak dia sendiri bukan org lain yg suka suki marah tengking ank kita. Mcm aku..tengking upss ckp kuat tu dah biasa dah kat telinge Waiz tu. Klu tak cekal ati...mau laju2 je kena lempang. Hahaha..blum jadi kottt..Bwk2 sabo ye mama.. Seb baik kesabaran tinggi. Anak2 tu klu buat hal namanye menguji kesabaran. Aku je yg kecoh lebih kot padahal mak2 lain yg ade anak 5,6,10 rilek malek jek handle, pejam mata sebelah tgn jek. Aku ni anak dua dah macam 10. Ceh kurang kemampuan betul. Aku akui byk kurang dan lemahnya aku sepanjang mengasuh 2 beradik ni. Skill pun x cukup. Byk yg perlu dibaiki. Kadang2 terasa rugi peluang yg aku dapat tak terguna sepenuhnya. Aku tak termampu menjadi suri rumah merangkap isteri dan ibu yg terbaik buat suami dan anak2 aku. Sayang..cpt sungguh masa berlalu..pejam celik,pejam celik hari bersilih ganti..tau2 ank2 dah besar. Klu boleh nak patah balik ms baby tu..tp time beranak tak nak repeat kot.Bila lg aku nak dapat peluang mcm ni? Tah 4?5?6? taun lagi kot klu ada rezeki. Harap2 ade lagilah hendaknya sbb aku pasti merindui saat2 ini. Rindu nak bau baby yg makin hari makin menghilang ni.

Tp mmglah anak ni, makin lama berkepit dgn kita makinlah sayang nak ditinggalkan. Nama pun anak2 sendiri. Ibu mana tak sayang anak oii..

Owhh sayunya ati mau letak bb ni dkt org..klu same tmpat ngan abg Waiz kan best..bleh jugak si abg tolong tgk2kan..report2kan..

Tuesday, June 14, 2011

Selamat datang Qaid Fayyadh ke dunia baru.

Woohoo terbaek...sepanjang-panjang dan selama-lamanya cuti bersalin yg hampir2
3 bulan ni, cuma sempat  2x update..sebulan 1 post...memang  terbaekk..

Takyah merepek panjang2...baby pun dah nak masuk 3 bulan dah. Tu pun aku baru sempat  tempek sekeping je gamba dia..syian bb tak seglemer abg Waiz. Ok...biarpun dah 3 bulan berlalu...sesi suai kenal haruss ada..at least utk tatapan dan kenangan di masa2 depan. penting tu...

So, let me introduce my 2nd son d'cute bb...wajah di hari ke-2 kelahirannya..
Selamat datang Qaid Fayyadh ke dunia baru.  
My Name : Qaid Fayyadh b. Zulhairi.
Meaning : Pemimpin yg Murah Hati.
D.O.B : 26 March 2011.
P.O.B : Hosp. Kajang.
Weight : 3.3kg
Time : 8.45 p.m


Boy again..
Mmg sejak pregnant lg dah tau bb yg bakal kuar lelaki...walaupun sedikit mgharap kali ni dpt bb girl tp ktorang redha..dah tertulis rezeki kali ni lelaki lg. Well, tak kisahlah boy or girl, dah cukup bersyukur bb lahir sihat dan sempurna. Cumanya kena simpan duit byklah nk pinang ank dara org nanti..wah mama dah berangan nk time menantu.. Takpe usaha lagi mana tau next time girl pulakk..haahaa..

Nama bb kali ni diserahkan bulat2 dekat abh dia.. Ikutkan hati mmglah nak ltk nama yg ala2 nama abgnye, tp tak jumpa pulak yg berkenan di hati. So, mama turutkan jek nama tu lgpun abhnye dah berkenan sgt dgn nama tu.Mula2 risau jugak nak ltk nama Qaid tu, yelah takut org salah sebut dah jadi Kait...lain pulak maksudnya. Nak kait apa?? So, sebut kena betul bunyi di tekak ..QQQ kena pekat..jgn main2. Ekceli mmg suka nama ni..sedap dan x pernah jumpe lg gabungan Qaid + Fayyadh tu. Tp yg lucunye setiap kali org tanya nama bb mesti nak kena ulang 2,3x baru leh org tangkap. Mak aku pun cakap mana jumpalah nama mcm tu..ada ke org nama mcm tu..Klu xde lg..ank akulah perintisnye. Dah mcm nama arab anak aku yg sorang ni...walaupun hidung tak mcm arab.. Ada org suke panggil Qaid.. tp ktorg prefer panggil nama Fayyadh jek.The reason is..x nak nanti org salah sebut kan dah x elok maksudnya. Fayyadh mama dan abh...semoga kau kan jadi seorang yg murah hati sebaik dan seindah maksud nama mu.

Dah ada 2 ank ni...kasih sayang, perhatian dan segala-galanya semua kena bahagi dua. Kesian jugak dkt si abg tp nasib baik Waiz x mudah merajuk hati. Alhamdulillah, dia senang dgn keadaan sekarang. Buktinya, di hari pertama aku keluar hosp bwk bb, dia sambut dgn heppy & teruja... Sampai sekarang, sayang dia pada adiknya mmg x leh dinafikanlah.
                       Wajah teruja si abg semasa menyambut bb dan buat pertama kali melihat adiknya di luar pintu hospital.
 tak sesabo nak riba bb

Alhamdulillah, dulu berdua..bertambah jadi bertiga dan sekarang berermpat. Semoga semakin murah rezeki kami..semoga kami sentiasa di bawah lindungan dan mendapat keberkatan-Mu ya Allah.

Sesungguhnya kami bersyukur dgn anugerah terindah ini..Ya Allah, semoga Kau sentiasa memelihara aku dan suamiku agar menjadi ibubapa yg terbaik...yg sentiasa menghargai dan memelihara sebaik mungkin amanah yg Kau berikan. Dan..jgn sekali Kau biarkan kami alpa dgn amanah terindah ini kerana merekalah kebahagiaan dan penyeri hidup kami..

Tuesday, May 10, 2011

Hari pembebasan

Huhuu...berkobar2 ari tu semangat nak menghapdet...sudahnye senyap jugak. Nak buat camne sejak jd mak kpd 2 budak ni, lagilah semakin super duper bz. Nampak jek lepak kat umah rilek malek, sory i very d'bz tau. Kdg tu baru je nak baring, si abg nak susulah, nak yg tulah, yg nilah. Bila si abg ok, baru nak lelap mata, si kecik pulak ngiauu mintak susu..bila jaga pulak, mintak ampunlah si manja tu nak landing sorang2...beriba pulak. Sabo jelah..camtulah hari demi hari berlalu..kdg2 sempatlah curi2 pejam mata..kdg2 nak menguruskan diri sendiri pun tak sempat. Sehari cpt betul berlalu. Mau 3 bulan cuti ni pun pejam celik pejam celik jek rasanya. Tu pun byk benda yg Incik suami bantu, klu tak, boleh tak sempat makan nasik gamaknye aku masa pantang nih. So, teng Q banyak2lah ye Incik suami yg ku sayang sayang.

Alhamdulilah selesai sudah 44 hari berpantang. Kejap pulak rsnya masa berlalu...mkn mknn dlm pantang pun tak puas lagi..Cecewah konon, padahal x sesabor menunggu abes pantang sbb dah jemu dgn menu makanan pantang. Klu boleh nak buat list apa yg nak dimakan..hohooohoo.. sabar..sabar..nama je dah abis pantang tp tu baru 44 hari jek...bukan boleh main tibai je makan... even dah merdeka buleh makan2 tp still kena ati2 jugak..yg sejuk..angin elok elakkan.

Sepanjang pantang ni, lebih kurang 2 minggu jek aku dibela oleh mak aku...then, mak blk kg, sndiri2lah aku jaga diri sendiri plus dibantu Incik suami. Klu dah pantang sendiri ni paham2 jelah, xdelah seterait sangat..ada gak sekali dua terlanggar pantang..cuit2 makan tp tu pun yg agak2 tak danjeres sgtlah. Aku pun beringtlah jgk bab2 nak curi2 mkn nih.. Tp aku ade curi2 kuar ujung2 pantang ni..hahaha..tambah2 lagi dah dekat nak abis pantang ni rs tak tertahan dah nak terperuk jek kat dalam umah ni. Dah la ktorng ni stok ujung mggu jek x lekat kat umah. Kali ni akibat cik abg pun boring nau melepak kat umah, aku pun ambik kesempatanlah meloloskan diri dari kurungan istana batu kami ni. Dapat kuar umah ko..g soping2 lak tu wah syorrrgaa..Mmglah awal2 dulu aku ada kuar tp paling jauh dpt kuar klinik jelah. Ape barangg. Tp kuar ni pun ada misi gak sebenanya..misi membeli prezen tuk besday suamiku..ni kira pick sndiri ape barang yg dia nak..xde seperais..seperais lagi dah. Tp x sempat beli pun..xpe nx week jln lg..lagipun besday nye nx week.

Dah kuar tu, mulalah aksi posing mosing..test camera hp baru..cewah nak gak mention. Tara...pic of my 2nd son and mama dia. Nilah hasilnya after 43 days confinement..ade perubahan ke? Tambah slim or tambah seri tang mana2? Cam sama je.xde ape2 update pun. Makin mengecut dan mengecik adelah kot.
Bila, mama dah posing, abh & abg mestilah nak menyelit jugak,kan.. Tgk sama rupe tak? Yg sorang tu mmg ank abh. Mana2 pun cr abh..si adik tak tau la pulak camne gayanye.
Sampai sini je takat ni..perghh mabeles, berjaya jugak aku apdate ye tp mata mmg tuptaptuptaplah. Jgn kang letak pale, si bb ngiauu sudaa...