Showing posts with label Anakku Qaid Fayyadh. Show all posts
Showing posts with label Anakku Qaid Fayyadh. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Botol Susu Comel Mimijumi

Pernah tak korang mengalami kesukaran mem'botol' susukan bb? Senang cite maksudnya ~ bg bb minum susu dgn botol.. if ade, mmg pening kepala skit melayan kerenah bb. Tulah antara cabaran bagi ibu2 yg menyusu badan. Bila dah direct feeeding ngan kite mulalah payah nak berenggang, dah syokk bergantung je kejenye. Bila nak pisahkan menjadi ler masalah besar. Dan paling besar bila si ibu dah masuk keje after berbulan pantang. Stress dan merisaukan.. Mulalah keje pun tak senang hati.

Kata orang melentur bulu biar dari rebungnya..
So, dats mean dari masa pantang lagi, kenal2kanlah dia dengan puting tiruan a.k.a puting botol. Klu decide nak ebf, kenalah berusaha seawal pantang, memerah,mengepam dan membuat stok susu.. then bg susu ibu tru botol. Mmg kena ajar awal2, klu tak mmg masaklah maknye ngadap bb yg tanak bottle-fed. Kadang2 bb mybe reject botol tu, so dat better bapak2 or org lain yg susukan.. bukan sbb apa, kata org, klu kita mak2 yg nyusukan, bb tu cam ada bau susu badan mak dia sbb tulah dia reject bottle-fed. Tuk ajar bottle-fed, sesekali kenalah bertindak macam tu.. bb nangis pun kena nekad sikit asalkan senang di kemudian hari.

Bercakap mcm pakar, sudahnya kena batang hidung sndiri jugak bila tiba2 my bb baru2 ni pun tanak bottle-fed. Alhamdulillah, bb-sitter pandai handle, bb pun dah ok. Hopefully oklah selamanya. Nak ajar bb yg ebf ni menyusu botol mmg mencabar skit. Beli botol pun dah mcm try n error... Dah mcm2 brand pakai .. avent, MAM, breastflow... terbaru aku jumpe yg ni, botol susu Mimijumi so chomellah...looks pretty most like the natural dot..dot..dot..kan? Hehehe..
Sedikit info psl botol Mimijumi ni...

~ Mimijumi botol boleh mengatasi masalah transition dari menyusu ibu ke susu botol
  •  Bentuk puting menyerupai payudara ibu
  • Teksture puting ini lembut seakan-akan puting ibu
  •  Mengatasi masalah kekeliruan puting ibu dan puting botol
  •  Sesuai juga untuk bayi yang mula bercerai susu dengan ibu
  •  Material botol dibuat dari plastik EMS Grilamid di mana lebih baik dari plastic jenis PC, PP & PES
  • Botol ini tebal, permukaannya jernih seperti botol kaca dan ringan untuk dipegang oleh bayi.
  • Puting dibuat dari silicone yang selamat untuk bayi dan tidak mengandungi latex. 
  • "Wide neck style" -  memudahkan proses pembesihan di bahagian dalam botol
  • Setiap set mengandungi botol(240ml), puting dan penutup.
  • Free from BPA, Lead, Phthalates dan Latex
Byk2 brand kat luar nun, aku rasa yg ni most looks similar to a breast. Mmg d'best recommendation for ibu2 yg bermasalah menyusukan bb mcm aku. Rasanya klu camni bb x boleh bezakan yg mana satu artificial nipple, so mama pun x frustrated lagi bila baby rejected bottle.

Rege kat Malaysia paling murah pernah aku jumpa dekat azasbabymate or dkt sini pun sama RM87, tuk sparepart mimijumi nipple pulak 1 pack ~RM43, 2 pack ~RM80. .. Klu nak tgk dkt retail shop, refer dkt blog azasbabymate tu. Aku review je..x beli pun lagi. Now tgh berkira2 nak beli ke tak. Macam mahallah jugak. Buat masa ni bb-sitter pun ckp bb Fayyadh mau je bottle-fed. So, bertahan jelah. Reserve dulu kot for d' next time.
Apapun "Susu ibu is the no. 1". Klu boleh masa kite dgn bb, kerap2kanlah direct feeding. Byk yg tersirat di sebalik direct feeding tu.. dr segi perasaan x yah cakaplah...masa tulah rs  bertambah sayang,kasih,chenta,ikatan antara ibu dan anak....segala2nya cukup..kepuasan yg sukar digambarkan.. Tak caye? cube dulu baru tau.

Thursday, October 13, 2011

Sayang anak katenye...


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan :
“Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu.
~Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :-
1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
 

Huhuhuu..so touching,ternyata kehadiran anak itu 1 rahmat dan anugerah. Anugerah terindah juga buat aku kerna terpilih menjadi insan bergelar "IBU".. Tapi kan, ibu mana yg tak pernah menangis kerana anak? Baik tangisan kegembiraan maupun kesedihan. Tipulah klu ada kat luar sana yg dgn bangganya ckp, "Aku pun ibu tapi x pernah menangis pun sbb anak." Kental sangat kot. Klu spesis cam aku ni taklah sekental tu sebabnyee..otomatik beranak2 je mesti nangess tgk anak. Tu dah satu hal. Rasanya tu normal feeling kot mana2 mak yg beranak.

Bg aku jadi sorang mak bukanlah benda mudah. Nak2 aku yg tak setabah dan sesabar mana. Air mata laju je nak turun tak kesahlah apa kes pun.Hishh kekadang lawak pun ada.. Boleh tak aku menangis sbb nak ceraikan susu badan. Tu pun bukannya betul2 STOP breastfeeding juz decide nak campur susu formula sbb my bb dah start tanak bottle-fed time stay ngan bb-sitter. So, alternatif tanak bb meragam en nak mudahkan keje bb-sitter membela bb, terpaksalah aku decide camtu. Siriyes time tu dah touching2..coz perkara yg paling aku takut my bb dah syok ngan susu formula terus reject breastfeed. Cemana klu dia  tanak bf dah? Rasanya belum puas aku susukan dia dan belum cukup kuantiti yg dia dapat. Mybe sbb hati pun separuh rela, at last, bb aku pun reject susu formula tu. 

Tapi...tup2 susahnya balik kat aku,my hubby en bb-sitter too sbb bila dia dah tak mo bottle-fed, apalagi susu formula..sudahnye meragam jelah kejenye. Padan muka aku. Aduyaii  tido pun tak lena. Aku jugak yg susah hati bila tggal kat bb-sitter. Terbaru aku diuji bila bb-sitter tarik diri utk jaga bb Fayyadh.Tak dinafikan bb aku yg sorang ni mmg manja + kuat meragam + nangess jerit2 + susah tido + berdukung manjang..kire pakejlah. Once bb-sitter tu cakap, “akak serender”… teruss aku cam terkendu, hilang punca.. tp still contol maintain. Last2 masuk umah laju je air mata si ibu ni ngalir.. aduish EMO btul..kan dah kata dah aku ni x setabah mana. Tapi jgn kata aku..bila dah kelam kabut camni, laki aku pun x ley pk dah.. Panjang je termenung + mengeluhnya… Aduhaiiii… susah jadi mak ni..nak2 mak yg bekeje.. dok pulak dkt bandar camni mmg susah ya amat nak cari bb-sitter. Kot nak tauk kat nursery tanpa pk panjang mmglah boleh… tp selepas pk panjang… x sanggup kot.. kesian si kecik tu..

At last……Keputusan yg dicapai sepakat ialah menghantar si kecikku ke bb-sitter abg nya dulu… Adoiii jenuhlah jugak berkira2… bukan dekat..siap dari rumah..lalu opis dulu..lajak ke rumah bs yg jaraknya lbh jauh umah aku ke opis..mean 2 kali ganda perjalanan. So,bermulalah episode baru dalam keluagra aku. Demi mendapatkan jagaan yg terbaik sepanjang ktorg kat opis, rasanya tulah kot pilihan yg paling sesuai.Lagipun dah ada experience dgn dia. As parent, mungkin kepercayaan dan keyakinan lebih kepada Nek Pah, bb-sitter baru ni dan we all percaya dia boleh handle my bb…So, jauh pun jauhlah..minyak pun dah mcm air ujan lah jadinya..well, sayang anak katenye. Hopefully, serasilah hendaknya sbb ni pun dah masuk bs yg ke-3 even yg 1st dulu bukanlah reject sbb x ley handle.

Tak cukup dgn tuko bs, my SIL suggest pegi ambik air penenang tuk bb.. So, ktorg pun terjah Darussyifa.. ikhtiar for bb tak kuat meragam en serasi dgn bs batu nanti. Masa kat situ ada gaklah si kecik ni melalak-lalak.. then, ustaz tu baca2, hembus2 n dukung Fayyadh..elok pulak orgnye diam… Ade gak tanya ustaz tu… “ade samting2 ke?” Boleh pulak dia senyum2 je..then cakap camni “Dah,blk trus bg dia susu.” Haishh… main senyum2 pulak dia..tak pahamlah ustaz oii.. mule2lah aku dah pikir mcm2..mistik ke? Misteri nih..saje je kan nak buat ktorg berteka teki.

Hmmhh…Hari ni dah masuk hari ke-2 bb Fayyadh dgn nenek barunya…semalam dpt feedback ok je dia..tenang aje..minum susu pun mau je. Agaknya cemana pulak hari ni.. Haishhh… risau pulak hati ni. Hendak2 eloklah orgnya.. Kan dah kate bila jadi mak dgn abh ni.. benda utama yg dipikir mesti ANAK…bukan mudah menjadi anak dan bukan senang nak besarkan ank.. mcm2 benda nak kena tempuh.. permudahkanlah jalan kami dlm membesarkan anak2..agar mereka menjadi INSAN.

Sunday, July 17, 2011

Saya sudah pandai meniarap tau...

Yeeehaaa...
Masa tu saya baru berusia 3 bulan 18 hari tau..tapi saya dah dapat kebolehan baru.
Dah 3 bulan lebih saya cuma memandang atas..mengadap plaster siling abh..nampak putihhh saja.
Bosan rasanya. Saya sukakan yg colourful dan terang2.

Saya sudah jemu berbaring saja..saya mahukan sesuatu yang baru..
Sebab tu saya dah tak sabar nak menunjukkan kebolehan saya pada mama dan abh..
Paling penting pada abg Waiz sbb saya dah berjaya mengatasi kemampuannya masa dia bb dulu.

Tengok...


Saya bangga sangattt sbb baru umo 3 bulan 18 hari saya dah berjaya meniarap.
Terell tak?
Abg dulu2 lambat skit kan? Jgn jeless saya riak nih..
Heheee...

Mungkin itulah kata2 yg tak terluah dgn perkataan oleh bb Qaid..
Yg pasti...hoooyehh anak omak dah pandai meniarap..omak bangga dgn ko nak.
~woohaaa....~

Tuesday, June 14, 2011

Selamat datang Qaid Fayyadh ke dunia baru.

Woohoo terbaek...sepanjang-panjang dan selama-lamanya cuti bersalin yg hampir2
3 bulan ni, cuma sempat  2x update..sebulan 1 post...memang  terbaekk..

Takyah merepek panjang2...baby pun dah nak masuk 3 bulan dah. Tu pun aku baru sempat  tempek sekeping je gamba dia..syian bb tak seglemer abg Waiz. Ok...biarpun dah 3 bulan berlalu...sesi suai kenal haruss ada..at least utk tatapan dan kenangan di masa2 depan. penting tu...

So, let me introduce my 2nd son d'cute bb...wajah di hari ke-2 kelahirannya..
Selamat datang Qaid Fayyadh ke dunia baru.  
My Name : Qaid Fayyadh b. Zulhairi.
Meaning : Pemimpin yg Murah Hati.
D.O.B : 26 March 2011.
P.O.B : Hosp. Kajang.
Weight : 3.3kg
Time : 8.45 p.m


Boy again..
Mmg sejak pregnant lg dah tau bb yg bakal kuar lelaki...walaupun sedikit mgharap kali ni dpt bb girl tp ktorang redha..dah tertulis rezeki kali ni lelaki lg. Well, tak kisahlah boy or girl, dah cukup bersyukur bb lahir sihat dan sempurna. Cumanya kena simpan duit byklah nk pinang ank dara org nanti..wah mama dah berangan nk time menantu.. Takpe usaha lagi mana tau next time girl pulakk..haahaa..

Nama bb kali ni diserahkan bulat2 dekat abh dia.. Ikutkan hati mmglah nak ltk nama yg ala2 nama abgnye, tp tak jumpa pulak yg berkenan di hati. So, mama turutkan jek nama tu lgpun abhnye dah berkenan sgt dgn nama tu.Mula2 risau jugak nak ltk nama Qaid tu, yelah takut org salah sebut dah jadi Kait...lain pulak maksudnya. Nak kait apa?? So, sebut kena betul bunyi di tekak ..QQQ kena pekat..jgn main2. Ekceli mmg suka nama ni..sedap dan x pernah jumpe lg gabungan Qaid + Fayyadh tu. Tp yg lucunye setiap kali org tanya nama bb mesti nak kena ulang 2,3x baru leh org tangkap. Mak aku pun cakap mana jumpalah nama mcm tu..ada ke org nama mcm tu..Klu xde lg..ank akulah perintisnye. Dah mcm nama arab anak aku yg sorang ni...walaupun hidung tak mcm arab.. Ada org suke panggil Qaid.. tp ktorg prefer panggil nama Fayyadh jek.The reason is..x nak nanti org salah sebut kan dah x elok maksudnya. Fayyadh mama dan abh...semoga kau kan jadi seorang yg murah hati sebaik dan seindah maksud nama mu.

Dah ada 2 ank ni...kasih sayang, perhatian dan segala-galanya semua kena bahagi dua. Kesian jugak dkt si abg tp nasib baik Waiz x mudah merajuk hati. Alhamdulillah, dia senang dgn keadaan sekarang. Buktinya, di hari pertama aku keluar hosp bwk bb, dia sambut dgn heppy & teruja... Sampai sekarang, sayang dia pada adiknya mmg x leh dinafikanlah.
                       Wajah teruja si abg semasa menyambut bb dan buat pertama kali melihat adiknya di luar pintu hospital.
 tak sesabo nak riba bb

Alhamdulillah, dulu berdua..bertambah jadi bertiga dan sekarang berermpat. Semoga semakin murah rezeki kami..semoga kami sentiasa di bawah lindungan dan mendapat keberkatan-Mu ya Allah.

Sesungguhnya kami bersyukur dgn anugerah terindah ini..Ya Allah, semoga Kau sentiasa memelihara aku dan suamiku agar menjadi ibubapa yg terbaik...yg sentiasa menghargai dan memelihara sebaik mungkin amanah yg Kau berikan. Dan..jgn sekali Kau biarkan kami alpa dgn amanah terindah ini kerana merekalah kebahagiaan dan penyeri hidup kami..