Thursday, June 23, 2011

Saya sudah...anda bila lagi?

Yeouhuu barang yg ditunggu2 dah kunjung tiba tgari semalam. Tak sangka servicenye sepantas kilat. i like it. Blum sempat aku terhegeh2 menunggu barang ni sampai, sekali dah pon..pon..depan umah aku lori kurier ni. Mantop..terbaiklah..beli on9 ari ni, sok tgari dah dpn mata. Selalunya klu beli on9 ni paling koman aku dapat brg 2 ari slps.

Sila teka apakah gerangan barang ini?
Cewaah suh teka2 la pulak. Ade ke yg nak teka ni? lainlah klu aku offer sape betul dapat benda alah ni, kan? Sungguh syokk sendiri betullah. Klunye brg ni sangat berguna utk aku yg dah nak kembali bekerja ni. Kotak cap Healin tp bukan barang healin ye. Patutnye barang ni awal2 lagi dah include kot dlm checklist brg yg patut dibeli ms aku pregnant dulu tp apa nak buat baru sekarang dapat an-nur dan baru sekarang tekad buat keputusan berani ni..then br nak survey murvey, makanya baru semalamlah aku memiliki benda alah ni.

Apa keputusan berani tu? Ngehngehngeh...ngengadelah ko makcik nak main teka teki teka tekuk pulak. Ye..ye aku expelain ler nih. Sebelum tu jom kita terjah tgk apa isi perut kotak td tuh.

Isi perutnya ialah : Spectra 3 Electric Breast Pump + 1 additional Breast Shield Set (for double pump) + Autumnz Cooler Bag + 6pcs Safety Plus Storage Bottles + 3pcs Autumnz Reusable Ice Pack
So, tgk barang pun dah ley tangkapkan apa keputusan berani aku tu. Yelah, dulu aku buta hurup skit bab2 breastfeeding ni..tak cukup ilmu dan x cukup pendedahan. Org2 keliling aku pun takde yg fully bf ni. Masa 1st bb, aku lak ­­keje kilang cha ya nun alip.. Masa tu pulak aku pk klu nak pam susu kat opis, mesti storage lam fridge. Jadi klu dah nama pun keje kat tempat cha ya nun alip ni dah tentu2lah isi kandungan fridge tu agak was2 dan meragukan ke’halal’lannya. So, aku pun xdelah ambik pusing sgt ilmu2 bf ni..yelah x bersungguh nak fully bf katakan.

Tp lately since aku dah keje ngan org Melayu sesaje ni, plus lg ada opismate & kengkawan lain yg praktikkan ebf  and keje pam mengepam ni..so, aku pun mcm interest jugaklah. Tp tu baru 'macam' jek blum betul2 interest or sampai seru lagi. Sampai satu masa tgh aku bercuti ni dan baru2 nak ajar bb menyusu botol tu pun bubuh susu bdn, respon bb oklah cam budak baru belajar menyusu botol..Then blk kg, akak aku bg susu formula tuk test bg kat bb. Masa tulah baru aku perasan yg bb reject terus botol klu letak susu formula. Masa tu kot barulah terbit instinct keibuan aku tuk fully bf... Malas dah nak try n& error susu formula lain, so, aku decide nak truskan je ngan susu badan. 

Cukuplah dulu time Waiz aku campur susu sejak dlm pantang lg. Then, ms umo 8 bln dia reject susu formula ni. Jenuh try & error segala mak nenek jenis susu, abis sume dia reject sudahnya since 8 bulan tu idup dia kt umah bb sitter bergantung ngan air putih + mknn je. Balik opis sampai malam, sampai ke esok pagi balas dendam bergantung menyusu badan. Nasib baik jugak bb sitter aku ni pakar memasak... masak sedap, Alhamdulillah besar sehat budak Waiz tu. Tp tulah kan pk2 balik kejam sungguh mama dia time tu..langsung xde kesedaran sivik. Tp kan ada jugak aku penah perah memerah time tu cume xde hasil, so aku pun down..gibup, xde dah nak pk alternatif lain. 

Sedikit kesal di situ. Tak nak dah kejadian yg sama berulang. Terima Kasih sayang mama sbb bg petunjuk kat mama, sbb reject susu formula tu. Bila dah sampai seru gini, barulah aku hegeh2 nak mensurvey2 pasal breastpump segala. Barulah sibuk nak korek2, tanya pakcik makcik gugel segala psl ilmu bf ni. Kesian kan.. agak terlambat di situ, sudahnya mcm nilah, x ke kelam kabut jadinye membuat stok susu. Sok aku dah nak masuk keje dah. Mujurlah dlm lambat2 kesedaran tu timbul, aku sempat jugak buat skit2 stok..tp by 'handpress'lah. Hasilnya memberangsangkanlah jugak. Nilah antara production yg memuaskan ati.
By handpress ni mmg memuaskan ati jugak. Lebih senang, xyah nak clean or sterilize segala kit. Takyah jugak mengangkut berat2 g opis. Tak yah berhabis2 duit. Tp kena betul2 ada skilllah. Mslh lain mcm lambat skit kot plus suka meleleh2dan aku x terrer. Jadinye. aku pun decide beli pump & accessories  ni dgn harapan dptlah memudah dan mempercepatkan lg keje perah memerah susu. Nak2 pulak aku ni kan pekeje baru, so x nak lah kang pegi buat stok jd bahan or isu pulak kt mam2 aku. Nmpaknye, terpaksalah berkorban duit skit..demi ank. Duit boleh cari kot...Experience, keindahan, nikmat, bangga, khasiat dan kepuasan tu yg paling penting. Byk kebaikan susu ibu ni kan..So, x salah kot membeli asalkan alah membeli menang memakai.

Harap sgt keputusan yg aku buat ni yg terbaik. Lagi satu, dah buat keputusan ni..hati kena cekal, semangat kena kuat, x leh buat keje separuh jalan. Disiplin kena kuat xley main2 klu tak sesia je berabih duit beli sume2 ni. Dan harap2 susu pun byk...x terhenti di separuh jln...dpt bertahan setaun dua itu sgt2lah terbaek.

Lagi satu setelah menonton rancangan Adik-adik & Al-quran kt tv 9 semalam, buat aku semakin bersemangat utk ebf ni..dlm rancangan tu ada membincangkan psl ayat ni...

نَّ بِالْمَعْرُوفِ لاَ تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلاَّ وُسْعَهَا لاَ تُضَآرَّ وَالِدَةُ بِوَلَدِهَا وَلاَ مَوْلُودُُلَّهُ بِوَلَدِهِ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَلِكَ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالاً عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا وَإِنْ أَرَدْتُمْ أَن تَسْتَرْضِعُوا أَوْلاَدَكُمْ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّآءَاتَيْتُم بِالْمَعْرُوفِ وَاتَّقُوا اللهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرُُ {233}

Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah: 233).

Dan dari Surah Luqman, ayat 14: 


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman :14).


See dah termaktub dlm Al-quran kebaikan susu ibu ni. Even time Waiz dulu aku x ebf, at least aku bangga dpt menyusukan dia sampai umo hampir 3 taun. So, susu lembu nyah ko from my bb. Tolonglah...mudah2an susu cap ibu ni bertahan lama..jgn la buat aku serender..

Jom zoom skit apa yg aku dah beli...
Spectra 3 Electric Breast Pump
1 additional Breast Shield Set (for double pump)
Autumnz Cooler Bag
Autumnz Reusable Ice Pack
Sume ni aku beli online jek sbb rata2 kedai yg aku pegi lagi mahal. So, after compare beberapa kedai 0n9 n shop, aku prefer littleWhiz.com je. Yg ni aku beli package sale trus ~ rege RM459, free delivery.

Selain tu, boleh jugak riki2 kat list bwh ni:-

First phase da setel, skrg masanya tuk mendisiplinkan diri, mengcekalkan ati dan menjayakan misi. Go mama go...niat baik mesti dipermudahkan insyaAllah. Mudahan anak2ku mendapat yg terbaik dr ibumu. 

Wish All d' best n Good Luck for me.. berusehee.

0 yang mengomen: