Thursday, October 13, 2011

Sayang anak katenye...


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan :
“Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu.
~Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :-
1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
 

Huhuhuu..so touching,ternyata kehadiran anak itu 1 rahmat dan anugerah. Anugerah terindah juga buat aku kerna terpilih menjadi insan bergelar "IBU".. Tapi kan, ibu mana yg tak pernah menangis kerana anak? Baik tangisan kegembiraan maupun kesedihan. Tipulah klu ada kat luar sana yg dgn bangganya ckp, "Aku pun ibu tapi x pernah menangis pun sbb anak." Kental sangat kot. Klu spesis cam aku ni taklah sekental tu sebabnyee..otomatik beranak2 je mesti nangess tgk anak. Tu dah satu hal. Rasanya tu normal feeling kot mana2 mak yg beranak.

Bg aku jadi sorang mak bukanlah benda mudah. Nak2 aku yg tak setabah dan sesabar mana. Air mata laju je nak turun tak kesahlah apa kes pun.Hishh kekadang lawak pun ada.. Boleh tak aku menangis sbb nak ceraikan susu badan. Tu pun bukannya betul2 STOP breastfeeding juz decide nak campur susu formula sbb my bb dah start tanak bottle-fed time stay ngan bb-sitter. So, alternatif tanak bb meragam en nak mudahkan keje bb-sitter membela bb, terpaksalah aku decide camtu. Siriyes time tu dah touching2..coz perkara yg paling aku takut my bb dah syok ngan susu formula terus reject breastfeed. Cemana klu dia  tanak bf dah? Rasanya belum puas aku susukan dia dan belum cukup kuantiti yg dia dapat. Mybe sbb hati pun separuh rela, at last, bb aku pun reject susu formula tu. 

Tapi...tup2 susahnya balik kat aku,my hubby en bb-sitter too sbb bila dia dah tak mo bottle-fed, apalagi susu formula..sudahnye meragam jelah kejenye. Padan muka aku. Aduyaii  tido pun tak lena. Aku jugak yg susah hati bila tggal kat bb-sitter. Terbaru aku diuji bila bb-sitter tarik diri utk jaga bb Fayyadh.Tak dinafikan bb aku yg sorang ni mmg manja + kuat meragam + nangess jerit2 + susah tido + berdukung manjang..kire pakejlah. Once bb-sitter tu cakap, “akak serender”… teruss aku cam terkendu, hilang punca.. tp still contol maintain. Last2 masuk umah laju je air mata si ibu ni ngalir.. aduish EMO btul..kan dah kata dah aku ni x setabah mana. Tapi jgn kata aku..bila dah kelam kabut camni, laki aku pun x ley pk dah.. Panjang je termenung + mengeluhnya… Aduhaiiii… susah jadi mak ni..nak2 mak yg bekeje.. dok pulak dkt bandar camni mmg susah ya amat nak cari bb-sitter. Kot nak tauk kat nursery tanpa pk panjang mmglah boleh… tp selepas pk panjang… x sanggup kot.. kesian si kecik tu..

At last……Keputusan yg dicapai sepakat ialah menghantar si kecikku ke bb-sitter abg nya dulu… Adoiii jenuhlah jugak berkira2… bukan dekat..siap dari rumah..lalu opis dulu..lajak ke rumah bs yg jaraknya lbh jauh umah aku ke opis..mean 2 kali ganda perjalanan. So,bermulalah episode baru dalam keluagra aku. Demi mendapatkan jagaan yg terbaik sepanjang ktorg kat opis, rasanya tulah kot pilihan yg paling sesuai.Lagipun dah ada experience dgn dia. As parent, mungkin kepercayaan dan keyakinan lebih kepada Nek Pah, bb-sitter baru ni dan we all percaya dia boleh handle my bb…So, jauh pun jauhlah..minyak pun dah mcm air ujan lah jadinya..well, sayang anak katenye. Hopefully, serasilah hendaknya sbb ni pun dah masuk bs yg ke-3 even yg 1st dulu bukanlah reject sbb x ley handle.

Tak cukup dgn tuko bs, my SIL suggest pegi ambik air penenang tuk bb.. So, ktorg pun terjah Darussyifa.. ikhtiar for bb tak kuat meragam en serasi dgn bs batu nanti. Masa kat situ ada gaklah si kecik ni melalak-lalak.. then, ustaz tu baca2, hembus2 n dukung Fayyadh..elok pulak orgnye diam… Ade gak tanya ustaz tu… “ade samting2 ke?” Boleh pulak dia senyum2 je..then cakap camni “Dah,blk trus bg dia susu.” Haishh… main senyum2 pulak dia..tak pahamlah ustaz oii.. mule2lah aku dah pikir mcm2..mistik ke? Misteri nih..saje je kan nak buat ktorg berteka teki.

Hmmhh…Hari ni dah masuk hari ke-2 bb Fayyadh dgn nenek barunya…semalam dpt feedback ok je dia..tenang aje..minum susu pun mau je. Agaknya cemana pulak hari ni.. Haishhh… risau pulak hati ni. Hendak2 eloklah orgnya.. Kan dah kate bila jadi mak dgn abh ni.. benda utama yg dipikir mesti ANAK…bukan mudah menjadi anak dan bukan senang nak besarkan ank.. mcm2 benda nak kena tempuh.. permudahkanlah jalan kami dlm membesarkan anak2..agar mereka menjadi INSAN.

0 yang mengomen: